Thursday, February 28, 2013

Benda nie...

Hai semua. Hari tu kan masa dekat KL, aku ternampak benda nie. Bukannya ape, kereta jerr. Kereta ape? Kereta polis jer. Kancil jer. Yela, bukan selalu dapat tengok kereta polis yg mcm ni. Rasanya kat Kelantan takde kereta polis mcm ni.

Sibuk jer motosikal tuu

dapat snap bahagian belakang jerr

Aku nampak jer kereta tu, aku terus ambik gambar. Kagum tengok usaha kerajaan nk membanteras jenayah. Dapat la polis kejar penjenayah.
Kereta mitsubishi Lancer. Gempak tuu..

Kalau lah polis guna kereta macam kat bawah ni, lagi gempak ! Aku jumpa kat google..

hebatt
Gempak tuu.. Bugatti Veyron, kereta paling laju di dunia.
Tapi semua nie angan2 je kan?

Pastu kan, aku ternampak pulak motosikal polis yang baru nie.
Kalau lumba dengan motosikal honda polis yg lama tu, confirm kalah motosikal polis yg lama. Tapi aku xsempat nak ambik gambar.
So, aku pun cari la kat google.

Yang nie baru sampai dari kilang..

Buat mcm harta sendiri pulak..
Sekali tengok pun aku dah kagum. Kawasaki Ninja..

P/s : Kalau korang kena kejar dengan polis yg bermotosikal mcm nie, baik korang menyerah diri jerr.. Hehe.. Just kidding...

Finally the rain stops ...

Hai semua. Selepas hampir seminggu hujan berturut-turut tanpa henti, akhirnya hujan nie berhenti jugak. Pagi semalam lagi hujan nie berhenti, masa tu aku tengah tido, tapi malam tu hujan pulak.
Hari nie, harap2 hujan terus berhenti. Kan best dapat tengok matahari bersinar. Kan kan ? Satu lagi berita baik pasal hujan berhenti nie, adanya

PELANGI


Pelangi berganda

Cantik kan ?

Btw, pelangi yg kat atas tu yg original. Yang kat bwah tu aku edit guna photoshop.
Aku baru je belajar.. :) Cantik x? Kalau cantik, sila lah tinggalkan komen yerr.. :)

P/s : Kan best lau dpt tengok pelangi dgn awk...

Tuesday, February 26, 2013

Nasib ....

Hari ni, hari semalam, hari sebelum semalam, n hari sebelum sebelum semalam,

HUJANN !



          Yup, semua org tahu tu kan ? Kat kelantan ni memang tgh musim hujan..
Kat negeri lain mcm mane yerr? Kan best kalau panas..
Sekarang ni pun tengah hujan lebat.. Sejuk sangat..
Kan best kalau tidur masa hujan2 ni kan? Minum milo panas..
Tapi aku xtahu knape aku xboleh tidur. Aku susah nak lelapkan mata.
Fikir pasal tu kot. Pasal apa lagi, pasal result lah !. 

          Disebabkan sekarang ni tengah hujan, aku terpaksa batalkan niat aku nak pegi belajar memandu. Yelah, kalau aku pegi time hujan, nanti kotor pulak motor aku tuh. Haha. Xla, cuma aku senang kena demam kalau kena air hujan.
Kalau demam, confirm aku sakit tekak, lepas tu confirm aku selesema. Tindak balas berantai. Haha.
Kalau aku selesema, ambil masa yg lama untuk sembuh, dalam seminggu dua.
Seksa kan? So, lebih baik aku jauhkan diri daripada air hujan..
Aku benci tindakbalas berantai macam ni..

         Satu lagi, kalau hujan terus lebat macam ni, esok lusa mesti banjir. Aku bernasib baik sebab kawasan rumah aku ni tak pernah banjir. Walaupun dekat dengan pantai. Bercakap tentang pantai, dah lama aku xpegi pantai. Teringin la pulak, Xkira la pantai mana pun..


P/s : Harap2 lepas hujan ni ade pelangi....