Hai semua. Kali ni aku takde banyak sangat cerita. Tapi ada la satu dua cerita yang nak aku
ceritakan. Harap korang baca. Haha. Kalau tak ikhlas, lagi baik tak payah baca. Aku nak
mulakan dengan hari sabtu. Ni mesti pasal lesen lagi kan? Haha. Memang. Hari sabtu tu aku
dah siapkan 8jam. So, disebabkan aku dah siapkan 8jam, aku rancang hari jumaat nie boleh la
gi penilaian. Tapi kan, kawan aku kat yakin pandu tu cakap, lepas 8 jam, ada sejam lagi.
So, jumlahnya adalah 9 jam. Alamak. Takkan la sejam lagi. Takpelah. Sejam pun sejam lah.
Hari jumaat tu aku nak buat sejam lagi, pastu hari sabtu penilaian. Yes. Harap-harap dah
takde masalah yang timbul. Lagipun, cuti raya cina hari tu bukan ganti hari sabtu ni. Tapi
hari sabtu minggu depan. Huh. Mujur-mujur. Nasib baik betul lah. Haha.
Petang sabtu tu kak long balik. Malam sabtu tu kita orang pun gi la pasar malam Taman
Bendahara. Yang kat sebelah Pasar raya Pantai Timur tu. Lepas tu gi Mydin Kubang Kerian.
Lepas siap shopping, kita orang pun balik la. Lepas balik tu, mama dengan kak long pergi
USM. Kak long dah nak bersalin. Dan tepat pada 1.44 pagi tadi, lahir la anak saudara aku
yang kedua ni. Lelaki jugak la. Cute la jugak. Nama tak bagi lagi. Rasanya nak bagi nama
Hakim kot. Sempena nama aku. Haha.
Hari ni dah sekolah. Yela, cuti raya cina kan dah habis. Hari ni tetap ada perhimpunan,
walaupun hujan sikit. Sikit je, tapi tempat barisan kelas kita orang basah la. So, cikgu
suruh beralih dekat sebelah koperasi. Bercakap tentang koperasi ni, koperasi baru sekolah
kita orang dah buka la. Pagi-pagi lagi aku dah pergi rasmikan. Haha. Beli buku nota je.
Tahun baru mesti la buku nota baru. Padahal buku nota tahun lepas banyak lagi kosong.
Teacher cakap, semua pelajar wajib buat diari setiap hari dalam bahasa inggeris. Satu ayat
sehari pun tak pe. Tapi kan, aku tak beli lagi buku diari tu. Haha. Bila la nak pergi SMO
ni. Kalau korang pergi SMO, tolong belikan untuk aku boleh tak? Aku nak yang warna biru.
Haha.
Hari ni tak belajar sangat, tapi belajar la jugak. Masa pendidikan islam, kita orang
belajar pasal Bani Abbasiyah. Aku ingatkan nak belajar pasal kahwin. Haha. Gatal nak kahwin
la ko ni Kamarul. Tak la. Saja je tu. Jangan marah. Masa sejarah pulak, ramai yang tak siap
nota sejarah. Nasib baik aku dah siap. Lepas tu masa Bm, dan masa Akaun. Masa akaun tu kena
daftar rumah sukan la. Aku, Iman dan Lat rumah hijau. Bagus, sama dengan warna baju. Masa
cikgu suruh calonkan pengerusi, aku cadangkan Lat. Haha. Lepas tu, dia cadangkan aku balik.
Cehh, padan muka. Baru adil. Haha. Dia jadi bendahari. Aku tak jadi pape pno. Yela, aku ni
kan takde peminat. Takde orang pun yang kenal aku. Secret admirer? Lagi la takde. Haha.
Nasib baik aku tak jadi bendahari. Aku tak suka sangat pegang duit banyak-banyak ni.
Satu lagi, hari ni aku terperasan benda baru. Nama-nama tingkatan dah berubah.
-Amanah
-Bestari
-Cerdik
-Dinamik
-Gigih
Ini mengarut. Nasib baik Alfa tak tukar. Aku suka nama Alfa.
P/s : We still didn't talk to each other. That's too arrogant..:)
No comments:
Post a Comment