Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatu..
Hehe. Pertama sekali, aku nak minta maaf banyak-banyak dengan korang. Takde ape pon. Cuma, aku rasa mcam malas nak update blog. Tapi kan, lepas aku baca entri aku yang lepas, entah kenapa semangat aku dah datang balik. Huhu. Pasal entri yang lepas tu, dapat result PKBS 1. Cepatnya masa berlalu. Sekarang ni tingkatan 5 sekolah aku sedang menduduki PKBS 2. Huh, tak puas lagi beraya dengan result hari tu. Hehe, jangan marah.
Dengan berlangsungnya PKBS 2 ni, aku sudah mulakan niat yang baru. Maksud aku, aku dah mula baca buku. Huhu. Kalau dulu, aku baca buku teks je sebab aku takde buku rujukan. Sekarang ni, aku dah mula pinjam buku daripada perpustakaan. Yela kan, aku ni pengawas pusat sumber. Tapi untuk pengetahuan korang, buku tu aku baca dan faham ye, bukan "belek2" je. Haha.. Alhamdulillah, setakat ni aku masih boleh jawab soalan peperiksaan. Harap2 subjek yang seterusnya tak la susah sangat.
Dalam masa dua hingga tiga minggu ni, aku selalu sangat tertidur awal. Aku tak tahu kenapa. Mungkin sebab aku terlalu letih kot. Huh, letih study. Hehe, awk jgn mrh ye. Sy tak sengaja.
Dalam masa dua bulan ni, banyak sangat kenangan yang telah berlaku. Kebanyakannya adalah kenangan yang indah. Huhu. Mungkin kenangan tahun 2012 dapat mengatasi kenangan pada tahun 2011 aku. Hehe.
Pasal peristiwa-peristiwa yang dah berlaku tu, aku akan cuba untuk cerita pada entri yang seterusnya. Sabar ye.
P/S : Awk, brsabar yer. Try fikir positif, nsb baik dia xmsuk dlm rmh kn..?
No comments:
Post a Comment