Wednesday, February 22, 2012

Tugas Pengawas.

Hari nie, ade budak baru dalam kelas aku. Nama dia tutttt. Haha. Korang tak perlu tahu. Tak penting pon. Yang pentingnya, dia perempuan. Cehh, bila pulak yang lelaki nak datang ?
Hari nie jugak, kali pertama aku bertugas kat PSS. Yela, aku nie kan pengawas PSS.
Mula-mula macam nie. Lepas pukul 2 tu, aku pegi perpustakaan untuk bertugas la. Ape lagi. The End. Haha.
Xla, gurau je. Masa kat dalam PSS tu, aku sorang je yang lelaki. Lelaki yang lain tak dapat mari. Cikgu suruh aku tampal pelekat jenis-jenis buku kat buku tu. Leceh la, kena ukur posisi dia biar tepat. Kena guna pembaris. Yela, tak kan la nak guna gam. Haha. Aku kena tulis and tampal pelekat tu kat 30 buah buku. Letih-letih. Pengawas yang lain pulak kena tulis n tampal kat 15 buah buku je. X aci nie. Tapi kan, aku siap dulu. Sebab nya, dia orang tersalah ukur. So, dia orang kena cabut balik pelekat tu, n kemudian tampal semula. Haha. Tu la, buat kerja tak ikhlas sangat.

Dengar-dengar, minggu depan ade perjumpaan ibu bapa tingkatan 5. Perjumpaan tu sebab nak bincangkan pasal KELAS CEMERLANG. Hah ? Ape? Aku ulang sekali lagi ye.
KELAS CEMERLANG. Kelas cemerlang tuj bermula pada 4/3/2012. Huh. Mesti letih. Dah la pagi tu exam. Dalam cuti bulan 3 ni mesti ada kelas tambahan. Yang bertambah masalahnya, dalam cuti bulan 3 nie jugak la aku nak gi test JPJ untuk dapatkan lesen L. Penilaian dah siap. Kawan aku, Adzim, dia mula masuk bengkel 2 minggu lebih awal daripada aku, tapi dia belum siap penilaian lagi. Haha. Kesian.

P/s : ImissYOUbudak...:)

Monday, February 20, 2012

Cerita Baru

Assalamualaikum..
Hai semua, kali nie aku bagi salam dulu sebab takut sesetengah orang tu terkejut. Haha. Just kidding. Jangan marah k. Okey, seperti biasa, dah lama betul kan aku tak update blog? Korang tak perlu jawab sebab tu bukannya soalan. Haha. Aku sendiri pun tak tahu bila last time aku update blog. Yup, semuanya still sebab pc aku tuh. Huhu. Banyak masalah betul lah dengan pc nih. Dah la Shahrul ada banyak game-game baru. Kalau tak, boleh copy. Huhu. Sebelum tu, kita teruskan macam biasa.

Hari tu, sabtu, 11/2/2012, sekolah kita orang telah menyambut maulidur rasul. Macam biasa la, satu sekolah gi pusing-pusing kat padang. Hari tu cikgu suruh pakai baju kumbang bagi lelaki, dan baju kurung bagi perempuan. Apa tu baju kumbang? Baju kumbang tu adalah baju melayu. Haha. Kumbang bukan sekuntum, bunga bukan seekor. Pada malam sehari sebelum hari sabtu tu (malam hari jumaat la), aku tak tahu nak pilih baju warna apa, merah atau hijau. Aku nak pakai baju warna merah, tapi selepas aku mintak tolong daripada pakar, ataupun lebih dikenali sebagai Shahrul, kawan baik aku, dia cakap lebih baik aku pakai baju warna hijau. Huhu. Setelah mengikut nasihat dia, aku pun pakai la baju melayu warna hijau. Sampai kat sekolah tu, kawan-kawan aku puji aku, dia orang cakap, "ija nyo baju kamarul" . Haha. Aku pun tak tahu dia orang puji ke perli. Kawan-kawan aku yang lain kebanyakannya pakai baju warna biru. Aku je yang pakai baju warna hijau. Dia orang cakap, "ija denge biru tokleh baik, keno baloh" . Haha. Dia orang dah libatkan politik la pulak. Tunggu punya tunggu, 'DIA' pun sampai. 'DIA' pakai baju warna hijau jugak la. Kenapa la aku pakai baju warna hijau? Shahrul punya pasal la ni. Haha. Kita orang tak berpakat okey. Jangan fitnah. Hari tu aku jadi cameraman. Kejap pun kejap la, asalkan dapat ambil gambar. Ambil gambar dengan menggunakan DSLR bestfren aku nih. Haha. Cehh, kamera kawan rupanya. Tak pe la tu, tumpang glamour sekejap. Kan? Lepas tu, apa lagi, ambil nasi gulai daging, dan lepas tu balik. Tapi aku tak balik lagi. Classmates aku kebanyakannya dah balik. Tapi Firdaus belum balik lagi, dia tengah makan nasi kat kantin. Lepas tu kan, *Some text is missing* Hehe. Lupakan part tu okey. Biarlah rahsia.
My best frens

DSLR, namun dia hanya model. Haha.



Baju biru tu.

Baju biru jugakk..

Hijau hijau..
*kat sbelah aku tu ade sorang lg kwn aku, tapi rsanya dia xnak masuk dlm blog aku ni.. hehe.. sorry..

Latihan merentas desa pun telah diadakan. Sebanyak 3 kali pulak tu. Tiga-tiga kali jugak la aku gi latihan tu. Haha. Rajin kan? Yup-yup. Demi untuk kurus, walaupun dah kurus. Haha. Habis sakit kaki dan tangan aku. Aik? Nape tangan pulak yang terlibat? Bukan ke kaki je yang berlari? Haha, lupakan bahagian tu. Tarikh latihan merentas desa ialah 6, 12, dan 19/2/2012. Minggu depan ada lagi satu latihan merentas desa. Rasanya aku tak gi kot latihan yang terakhir tu. Sebab? Sebabnya aku nak rehatkan badan. Yela, kan 3/3/2012 tu dah Kejohanan Merentas Desa. Kena la simpan banyak tenaga. Confirm hari tu aku pecut. Kan Lat kan? Jom tengok stamina sape yang tinggi. Haha. Dah la tiap kali latihan tu lalu depan rumah 'DIA'. Lepas tu kan, kalau korang nak tahu, selepas Kejohanan Merentas Desa, 4/3/2012 tu dah exam la. Kenapa la jadi macam ni? Aku nak fokus yang merentas desa ke pasal exam? Susah la macam ni. Aku kena ulang kaji yang pasal topik tahun lepas. Topik tahun ni aku dah faham. Satu lagi, kelas 5 Alfa dah ada pelajar baru. Dia datang dari Kuala Lumpur. Mesti dia yang dapat nombor satu dalam kelas nanti.

Kali ni pasal cikgu pulak. Cikgu kat sekolah aku dah banyak yang berpindah. semua sebab sekolah yang baru dibuka, SMK Long Gaafar 2. Betul ke eja macam tu? Lantak la. Haha.
PK HEM dah pindah,
PK KO dah pindah,
Ustazah kelas kita orang pun dah pindah.
Tapi, bak kata pengetua, yang patah akan tumbuh, yang hilang akan berganti.
PK HEM baru,
PK KO baru,
dan Ustaz baru kot.
Secara jujurnya, aku lebih sukakan cikgu-cikgu yang lama. Lepas tu kan, PK KO yang lama nak jumpa dengan pengerusi kelab-kelab, rumah-rumah sukan dan badan beruniform. Aku terkejut masa tu. Yela aku kan pengerusi tuutttt.. Haha. Ingatkan ape, rupanya cikgu nak bagi sijil penyertaan walkathon. Khas untuk pengerusi je tau. Baru dapat sijil ke? Padahal walkathon tu dah diadakan setahun yang lepas. Huhu. Lantak la, asalkan dapat sijil. Kan? 
Nak? Mehh RM1..


Hari tu, Khamis, 16/2/2012, ada perjumpaan pertama pengawas PSS. Kat mana lagi kalau bukan kat bilik tayang PSS. Cikgu cakap, kem PSS akan diadakan selepas cuti bulan 3. Masa kat kem tu, kita orang akan diberi ceramah pasal tugas pengawas PSS kat sekolah. Tugas kita orang bukan susun buku je okey. Aku suka pegi kem, terutamanya kem yang pasal astronomi. Harap-harap kem astronomi ada lagi. Haha. Diteruskan lagi, semua pengawas PSS 36 orang je. Sikit sangat la. X aci. Pengawas sekolah ramai giler. Lantak lah. Asalkan semua pengawas lakukan tugas masing-masing. Jangan tahu bagi surah yassin je. Hehe. Jangan marah.

Hari nie, lepas balik sekolah tadi, dalam pukul 3.20 pm, mama ajak pegi Tesco. Kenapa la mama datang lambat? Mana la aku tahu, jalan jemm la tu. Yang aku tahu, ayah 'DIA'pun datang lambat jugak. Hehe. Tak skodeng tau. Jangan marah yer. Masa gi Tesco tadi, mama beli barang. Sikit je. Lepas bayar kat cashier tu, dia bagi baki duit syiling 50sen yang baru. Nampak macam duit tak laku je. Hehe. Mentang-mentang la belajar Akaun pasal cek tak laku. Lain la duit 50sen baru tu. Dah la warna tembaga, kecik pulak tu. Sama besar dengan duit syiling 20sen lama. Kalau masukkan duit syiling 50sen baru tu kat dalam public phone, berapa nilai yang akan keluar? 50sen ke 20sen? Esok aku nak try. Masa balik sekolah tu, korang jangan berdiri dekat dengan public phone okey. Aku nak try eksperimen aku nih. Haha.

Sekian, terima kasih.

P/s :
Awak, sy dah banyak kali mimpikan awk. Tapi kebanyakannya sy tegur awk, tp awk xjwb. Kenapa jadi mcm tu? Kenapa dlm mimpi pun kita xckp? Xperlu jwb. Mimpi kan cuma mainan tidur.

Kenapa sy still tegur awk yg dlm mimpi, kalau sy bleh tegur awk yg real?

We broke the record, I talked to you and you talked to me, even though it was really short conversation. Why we didn't made it really long conversation?

 We meet everyday, but we didn't talk to each other.

 I miss you at night, even though we have met in the morning. Everyday always like that.

The worse way to miss someone is
to meet them everyday, but not talking to each other, or
when she is right beside you, but not talking to each other ?

Very close to the eye, very close to the heart, but not talk to each other.

I want to story about how I met you in my dreams. But right now, I'll try to write it in my notebook.

Why can't we talk to each other everyday?
Is it wrong to talk to you?

*Entri nie terpaksa ditunda selama dua hari disebabkan oleh sedikit masalah teknikal. Harap maklum*

ILOVEYOUSOMUCH