Friday, August 26, 2011

Budak astronomi ke budak cina??

Muka aku macam budak cina kan??
ada jugak yang cakap muka aku macam budak korea,
tapi xla, memang cina.. nape la dia cakap muka aku macam
budak korea?? kan dia tahu yang aku tak suka korea..
muka aku macam budak cina sebab atuk ngan nenek
sebelah ayah aku orang cina.. so, memang la muka
aku macam budak cina..
btw, kawan aku ada nasihat,
*aku pun xtahu nasihat ke perli*,
dia cakap, kalau aku wat diri rambut, semat tu..
*sorry, tersasul bahasa kelantan sikit*
lepas tu, kawan aku yang sorang lagi (perempuan)
pun cakap, tahu kamarul..
aku diam je, tapi dalam hati, aku cakap,
hensem2 mesti jadi playboy..
lagi baik jadi nerd.. walaupun jadi nerd
tak baik untuk kesihatan mental..

peace

Bulan puasa yang penuh rahmat

hari ni aku nak cerita pasal budak-budak kelas aku, ketika bulan puasa..
cerita je tau... bukan mengumpat.. aku tak suka sangat mengumpat..
sebab takde orang yang sudi mengumpat dengan aku..
huhu.. sedih kan ?? macam tu la hidup aku.. hari-hari sedih..
nak wat camne kan, dah hidup aku macam ni.. sedih sedih..

oke, kita teruskan.. mula-mula, sebelum puasa,
masa ni dia orang bertenaga lagi, boleh main bola,
main tudung botol, btanding sape paling cepat habiskan air mineral 500 ml,
makan aiskrim.. sedap..
lepas tu, bila time cikgu masuk kelas je,
ape lagi, tido lah ..! satu kelas tidur..
terutamanya waktu fizik.. terbayangkan makmal fizik je,
mesti terbayangkan bilik tidur.. ish ish..
dah kenyang, memang best kalau tidur..
biasa la, dah hobi dia orang macam tu..

tapi, bila masuk je bulan puasa,
dah takde tenaga.. cikgu masuk kelas je,
awal-awal lagi dah cakap dengan cikgu,
"xsoh ngaja lah cikgu, letih ni.."
dengan muka kesian pulak tuh ..!
cikgu pun jawab,
"eleh, baru poso shari, letih doh"
haha, cikgu pun dah tahu perangai korang..
kesian.. dah tak boleh main bola,
main tudung botol, minum air, and makan aiskrim..
sabar.. sabar tu kan separuh daripada iman..
bagus la kalau korang dah sabar..
tapi, yang lagi bagus, bila time cikgu mengajar,
dia orang dah tak tidur.. waktu fizik pun..
ada la sorang dua yang tidur..
kan setan yang menghasut dah takde..
so, dia orang tak tidur lah..
tapi, yang tidur tu camne pulak??
tu sebab dia orang lemah iman..
tak tahan dengan godaan diri sendiri..

ish ish ish.. pelik pelik la..

kita teruskan lagi ye,
yang ni pasal hari last skolah sebelum raya..
bila ni ?? semalam la.. khamis, 25 ogos 2011..
alaa.. malas la aku nak cerita..
malu + sedih + frust = malas nak  cerita..
sape-sape yang terlibat tu, memang dah tahu kan ??
hah? tak dapat lagi ke? aku bagi klu sikit,
pasal MERCUN BAWANG ..
dah dapat ke ?? oke, sekian, terima kasih..




laa.. nak suruh aku cerita jugak ke ??
malas aku.. takpe la.. lain kali la..


raya dah dekat ni.. tak elok main mercun bawang..
kalau nak main, main la mercun bola..
baru best.. kalau meletup atas tangan,
tak boleh raya.. tak boleh makan rendang..
kesian.. tu la, sape suruh main mercun bola..
lain kali, main la mercun botol..

sekian, terima kasih..

Thursday, August 25, 2011

Love Sucks..


Sejak akhir-akhir ni, banyak benda berada dalam fikiran aku..
macam nak meletup je otak aku ni.. tunggu masa je..
*kembali pada topik asal*, dulu, aku ada la suka kat seseorang..
entah camne, takde jodoh kot, aku couple dengan orang lain..
tapi aku couple tu sebab nak buat dia cemburu..
tapi, dia tak ambil peduli pun.. (jahat kan dia ??)..
tapi tak pe la, asalkan dia bahagia..
dulu, selalu jgak chating dengan dia.. sms..
tapi sekarang, semua tu dah berubah.. hmmm..
lepas tu kan, aku dapat tahu yang dia suka kat kawan aku..
mungkin dah tiba masanya untuk aku undurkan diri dari hidup dia..
nampak macam dia dah bahagia dengan kawan aku tu..
banyak persoalan dalam fikiran aku sekarang ni..
~macam mana aku boleh suka kat orang yang tak pernah suka aku??
~mcm mna aku blh suka kat org yg suka kat kwn aku??
~mcm mna aku blh suka kat org yg suka kat org yg aku suka??
~npe aku suka kat dia walaupun aku tahu yg aku takkan pernah dapat miliki dia??
~npe aku sebut dia kat sini walaupun aku tahu dia takkan baca??
~perlu ke aku bersedih sebab kehilangan dia, yang tak pernah aku miliki??

*soalan terakhir*,
~betul ke dia tak pernah suka kat aku...? </3

aku akan berpegang pada kata-kata ni :
kalau dah jodoh, takkan ke mana..
kalau takde jodoh, tak payah kawin !

[I do believe in miracles...]


Kalau terus macam ni, tak mustahil jika suatu hari nanti aku benci semua yang aku suka..


BILA KAU KATA KAU SAYANG-SCREEN
Bila kau kata kau sayang
Terus aku tersenyum
Dan lantas ku menjawab
Hmmm....mmm
Aku juga sayang padamu

biar la aku layan lagu ni sorang-sorang walaupun aku tahu yang
dia takkan pernah cakap yang dia sayang kat aku..
*tlg baca lirik-lirik lagu ni.. dan fahami..*


Sakit hati ini
Bagai dihiris sembilu
Sesak nafas ini
Bila ku mendapat tahu
Kasih yang kuberi tak berharga


Tergamaknya dirimu menghiris hatiku
Tidakkah di hatimu punya perasaan
Sampainya hatimu meninggalkan aku
Di manakah janjimu yang setia


Andainya kau ada yang lain...
Waktu ini
Apalah daya ku lagi
Terpaksalah aku membawa diri ku
Dan hanya tuhan saja yang mengerti


aku tak mudah mencintai
aku tak mudah mengaku ku cinta
aku tak mudah mengatakan
aku jatuh cinta


Menangis hatiku menangis
Mendengarkan khabar hiba
Terhiris jiwaku terhiris
Mengalir airmata


Andainya akulah insan yang tak mampu mengerti
Ku mohon kemaafan andai masih mengemis kasih
Walau di hujung rindu
Yang tak mungkin aku miliki


Biarpun kini dikau tiada
Namun tiada pengganti
Kasihku terhadapmu
Tak akan punah


Silap aku juga
Kerana jatuh cinta
Insan sepertimu
Seanggun bidadari


Sesungguhnya aku amat menyayangimu
Tapi jodoh sudah tiada
Sesungguhnya aku amat menyintaimu
Tapi kasih tak kesampaian...

*dan lagu yang paling aku suka*,
MENGUSUNG RINDU-SPIN

kalau tahu sakit begini tidakku bermain cinta
kalau tahu seksa begini tidak aku menyayangimu
pilu resah di hati ini
mengusung rindu...ku tak berdaya



sekarang aku dah nekad.. nk keluar dari hidup dia..
tak nak ganggu dia lagi..

takde mood la..


Sorry lama tak update blog.. rasa cam takde mood je..
bukan nk update blog je takde mood,
tapi nak buat papepon takde mood..
nak online fb takde mood,
nak main game takde mood,
nak mencerap bintang takde mood,
nak dengar lagu takde mood,
nak makan takde mood,
nak sms takde mood,
nak buat homework takde mood,
nak cakap takde mood,
nak taip ni pon takde mood..
Takde mood oke, bukan malas ..! jangan salah faham..
takde mood dengan malas ni lain maksud dia..
satu lagi, aku takde mood ni bukan sebab bulan puasa k..
berbalik pasal takde mood tadi, nape aku takde mood nak buat benda yang aku suka buat??
~~entah la nape.. mungkin sebab kawan aku kot..
dia dah mula rampas semua benda yang aku suka..
nape dia nak jadi macam aku? best sangat ke jadi nerd hah?
dah la nerd, suka dengar lagu jiwang pulak tu..
dah la suka dengar lagu jiwang, sombong pulak tu..
dah la sombong, suka mencerap bintang pulak tu..
nape la dia nak jadi macam aku? bukannya best buat semua tu...
dia ingat aku selalu happy ke ?? untuk pengetahuan korang,
walaupun aku selalu senyum, tapi hati aku tetap sedih dan masih terluka..
bak kata pepatah, tangan yang terluka nampak darah,
tapi, hati yang terluka, tiada siapa yang tahu.. hanya tuhan yang tahu..

Friday, August 5, 2011

A story of FEELINGS......

"Love, Knowledge and Time :: Very Sweet Story of Feelings"

Once upon a time there was an island where all the feelings lived: happiness, sadness, knowledge, and all the others, including love.

One day it was announced to all of the feelings that the island was going to sink to the bottom of the ocean. So all the feelings prepared their boats to leave.

Love was the only one that stayed. She wanted to preserve the paradise island until the last possible moment. When the island was almost totally under, love decided it was time to leave.

She began looking for someone to ask for help. Just then Richness was passing by in a grand boat. Love asked, "Richness, Can I come with you on your boat?"

Richness answered, "I'm sorry, but there is a lot of silver and gold on my boat and there would be no room for you anywhere."

Then Love decided to ask Vanity for help who was passing in a beautiful vessel. Love cried out, "Vanity, help me please."

"I can't help you", Vanity said, "You are all wet and will damage my beautiful boat."

Next, Love saw Sadness passing. Love said, "Sadness, please let me go with you."

Sadness answered, "Love, I'm sorry but I just need to be alone now."

Then, Love saw Happiness. love cried out, "Happiness, please take me with you." But Happiness was so over overjoyed that he didn't hear Love calling to him.

Love began to cry. Then she heard a voice say, "Come Love, I will take you with me." It was an elder. Love felt so blessed and overjoyed that she forgot to ask the elder his name.

When they arrived on land the elder went on his way. Love realized how much she owed the elder. Love then found Knowledge and asked, "who helped me?"

"It was Time", Knowledge answered.

"But why did Time help me when no one else would?", Love asked.

Knowledge smiled and with deep wisdom and sincerity, answered, "Because only Time is capable of understanding how great Love is."

:: Moral of the Story ::

If you need Love, you first need knowledge and the art of implementing knowledge on time.

Knowledge is more superior to Love.

Without knowledge you never feel love.

At last best Knowledge saves Love on Time.

Full knowledge presupposes full love.

For better living or better life, You need good knowledge, pure love and right time..

Sape Boleh Jawab ??

-sape boleh jawab ??-

tajuk hari ni : kenapa manusia sekarang suka dengar lagu korea ??
korang pilih satu,
yang mana korang paling suka..
1)dengar lagu korea
2)dengar lagu jiwang
3)dengar lagu inggeris
4)baca novel cinta
5)permain-mainkan hati perempuan/lelaki
6)mencerap bintang (star-gazing)

dah pilih ?? sekarang, aku nak bagi nasihat kat korang..
-yang suka dengar lagu korea-
beb, nape hang suka sangat dengar lagu korea hah ??
lagu-lagu melayu dah tak best ke hah ??
yang hang pi dengar lagu korea tu,
hang faham ke ?? camna hang tahu
yang lagu tu mencarut ke tak ??
lepas tu, kalau hang dah minat
sangat lagu tu, boleh ke hang nyanyi
balik ?? nanti jadi macam kawan aku..
dia nyanyi lagu awan nano..
"begitulah awan nano..nano nano..nano nano..
nano nano..nano nano.."
ha, macam tu la jadinya bila dah lupa lirik..
tu baru lagu melayu beb.. tak lagi lagu korea..
kalau lagu korea, aku tak tahu la macam mana..
habis rosak lagu orang..
korang pun tahu kan yang aku ni anti-korea..
yang aku benci, bila dengar lagu korea
asyik dimainkan oleh deejay (disc-jockey)
dalam radio.. bukan satu stesen je, tapi
semua stesen radio.. dalam tv (televisyen)
pon ! cis ! naik angin aku..
nape la sekarang ni demam lagu korea ??
kawan-kawan kelas aku memang minat gler
lagu korea.. padahal dulu dia minat lagu jiwang..

-yang suka dengar lagu jiwang-
nampaknya, semua kawan-kawan aku yang minat
lagu jiwang dah beralih arah dan sekarang ni
dah minat lagu korea.. lagu jiwang ni tak kiralah
asal dari malaysia ke indonesia.. asalkan
jiwang.. so, kita saudara ..! high five sikit beb ..!
hah ? takde sorang pon ??
nampaknya aku terpaksalah
berjiwang sorang-sorang.. sape yang sudi nak temankan aku??
dah takde yang minat lagu jiwang..
aku kesunyian-data..
layan lagu ni jap.. huhu..

-yang suka dengar lagu inggeris-
lagu inggeris pun tak kurang hebatnya.. aku pun suka
dengar inggeris.. terutamanya lagu dari westlife..
season in the sun.. perghh ..!
tapi lagu inggeris yang baru sekarang ni tak best..
muzik dia je yang best.. tapi lirik ?? hampeh..
papepon, lagu jiwang dan lagu inggeris
lagi best dari lagu korea..

-yang suka baca novel cinta-
yang ni aku dah buat bancian sikit..
aku dah tanya pembaca novel tegar,
aku tanya, semua novel cinta ni sama je ke ??
dia jawab, novel cinta ni sama je plot dia,
cuma nama dan tempat je lain..
so, kalau dah tahu sama, kenapa baca lagi ??
pelik-pelik.. baca novel cinta untuk
isi masa lapang ke ?? tu bukan isi masa
lapang, tapi membazir masa.. sampai 200 muka surat ??
biar betul ?? tak sanggup aku nak baca sampai
banyak tu.. ish-ish-ish... ikut korang lah..
boleh menambahkan kosa kata kan ??

-yang suka mempermain-mainkan hati lelaki/perempuan-
kalau nak senang, playboy dengan playgirl..
yang mula-mula, mesti dia orang dah dipermainkan
oleh ex dia orang kan ?? so, dia orang nak balas
dendam, dia orang mainkan perasaan orang lain..
lepas tu, orang yang dia mainkan tu ada yang
dah serik untuk couple, tapi ada juga yang
nak balas dendam balik..
papepon, bagi aku la,
sekali seseorang tu jadi playboy/playgirl,
selamanya dia akan jadi playboy/playgirl..

-yang suka mencerap bintang(star-gazing) atau objek2 samawi-
yang ni aku paling suka.. tapi, mula-mula, maksud objek samawi dulu..
objek samawi bermaksud benda-benda yang bertaburan di angkasa..
contohnya bintang, bulan, asteroid dan planet..
okey, kita teruskan.. mencerap bintang ni adalah sebahagian daripada
ilmu-ilmu falak dan astronomi.. apa maksud falak dan astronomi??
astronomi bermaksud mengkaji tentang planet-planet dan bintang-bintang..
manakala falak pula bermaksud mengkaji tentang orbit planet-planet dan
objek-objek samawi.. seterusnya, ada yang kata mencerap bintang
dan objek-objek samawi perlukan teleskop.. sebenarnya,
korang tak perlukan teleskop.. kalau ada binokular pun dah ok..
binokular pun tak de ?? takpe.. tengok dengan mata kasar pun boleh..
takkan la mata pun takde jugak ?? kalau korang tengok kat langit,
korang akan nampak bintang, mula-mula sikit, lepas 10minit,
jadi banyak.. knapa jadi macam tu ?? jadi macam tu sebab,
mata korang dah biasakan diri dengan cahaya yang kurang..
so, kalau korang tunggu lebih lama, lagi banyak bintang
yang korang akan nampak.. tapi, untuk pengetahuan korang,
ahli astronomi professional tak tengok langit dengan mata kasar,
tapi dia orang letak kamera kat teleskop untuk ambil gambar
sebab bila kamera tu dah biasa dengan cahaya yang kurang,
banyak la bintang yang dia dapat tengok.. lagipun, gambar ni
boleh jadi bukti bila dia orang nampak sesuatu yang baru di angkasa..
kita teruskan dengan maksud ahli astronomi amatur dengan
professional.. amatur bermaksud berkecimpung dalam
sesuatu bidang tu hanya sebagai hobi dan bukannya kerjaya..
professional pula bemaksud berkecimpung dalam sesuatu
bidang tu sebagai kerjaya dan makan gaji.. kerja ahli
astronomi professional adalah mengkaji sesuatu bintang
sepanjang hayatnya.. manakala kerja ahli astronomi amatur
pula adalah mengkaji seluruh alam cakerawala.. oleh itu,
tak peliklah kalau kebanyakan komet adalah dijumpai oleh
ahli astronomi amatur.. contohnya komet Hale-Bob,
dijumpai oleh dua orang ahli astronomi amatur yang
bernama Hale dan Bob yang tak pernah mengenali satu sama
lain..


sekarang, tugas aku dah siap.. tugas korang pulak,
berdasarkan 6 perkara di atas,
senarai kan perkara yang aku suka buat, dan aku benci buat..
boleh tak korang jawab ??

-peace..(^_^)v......