Hai semua.. Kali nie aku nak cerita pasal benda-benda yang berlaku dalam masa dua hari nie.
Takde pape pon yang special. Macam biasa. Semalam kan, result PKBS 1 dah keluar la. Ramai yang tak puas hati dengan result tu. Termasuklah aku. Hehe. Tak sangka la pulak BI aku dapat C. Tapi C+.. Okey la tu kan. Aku tak pandai sangat bab essei ni sebab aku takde idea walaupun aku faham grammar. Haha. Teruk la kau ni Kamarul. Takpe la, yang paling tinggi pon dapat B je. Takde pon yang dapat A walaupun A-. Susah sangat ke BI ni? Haha. Tak perlu jawab. Aku sorang je yang dapat A untuk fizik. Tp A-. Haha. Kimia pulak, dua orang je yang dapat A. Aku dengan kawan aku. Untuk bio, result aku yang paling tinggi. Haha. Sama la dengan matematik. Prinsip Perakaunan pon. Untuk addmath, 3 orang je yang dapat A. Aku la tu. Haha. Sebagai kesimpulannya, untuk PKBS 1 ni, aku dapat 9A 1C. Kalau nak lebih tepat lagi, 1A+, 4A, 4A-, 1C+.. Huhu. Dapat nombor satu dalam kelas.
Tapi kan, tadi cikgu kelas aku suruh aku ambil gambar pelajar yang dapat result 4A dan ke atas. Yela kan, aku ni kan wartawan sekolah. Cikgu nak tampal gambar2 tu kat papan kenyataan sebagai pelajar target SPM. Huhu. Untuk pengetahuan korang, DIA pon pelajar target jugak. Serasi kan? Haha.
Disebabkan aku ni wartawan sekolah jugak la aku kena ambil gambar bekas pelajar sekolah yang datang ambil result SPM hari rabu minggu lepas. Bukan ponteng okey..Haha. Banyak jugak aku ambil gambar. Gambar budak2 kelas aku pun aku ada ambil. Haha. Tu la, sape suruh dia orang tak masuk kelas.
Bermula semalam, koperasi sekolah aku ditutup masa rehat. Semua ni sebab kantin yang tak puas hati koperasi jual makanan jugak. Yela kan, koperasi hanya untuk jual alat tulis. Kantin je yang jual makanan. Yang aku bencinya, kat kantin selalu ramai orang. Pastu, bila tiba giliran aku, makanan dah habis. Kalau koperasi, banyak stok. boleh beli aiskrim, air 100plus, air soya, dan macam2 lagi. Haha. Banyak tu. Confirm stok tak habis.
Semalam, pengetua cakap, salah satu tips untuk cemerlang SPM adalah menutup akau facebook.. Haha. Bagus. Terbaik. Lepas tu kan, PK KO yang baru ni ajar berkawad la pulak. Haha. Kwn aku ni marah, PK KO ajar kawad salah. Haha. Garangnya.
Okey la kawan. Lepas ni aku ade kelas cemerlang. pukul 4 sampai pukul 6. Haha. Sekarang dah pukul 3. Nak makan lagi. DIA orang tu xpe la, mkn nasi. X diet. Haha. Nasib baik hari ni balik awal. Boleh la aku update blog.
Berbalik kepada tajuk asal. Bukan ke ni pasal lagu SEDETIK LEBIH? Haha. Memang la. Tapi ada maksud lain. Huhu. Takde kaitan kot. Sedetik kurang tu, kalau bagi aku, maksudnya sekejap. Yela, sy dah try utk dekat dengan awk. ckp dgn awk. walaupun lame, tp npe sy rse mcm sekejap je? dah la sampai 2 masa. tp sekejap je. sedetik kurang. huhu.
P/s : ITRIEDTOGETCLOSETOYOU.....
ITRIEDTOMAKEYOUIMPRESS
ITRIEDTOMAKEYOUPROUD...... but, .............................
imissyou....:)
Monday, March 26, 2012
Tips yang tak berguna
Hai semua. Korang sihat x? aku sihat je. Haha.
Hari Selasa, 13/3/2012, aku gi Yakin Pandu lagi. Kali ni untuk test lesen dengan JPJ. Dah sebulan aku siap penilaian, baru dapat test dengan JPJ. Lama giler.
Mula2, pagi tu, pukul 7 pg lagi aku gi Yakin Pandu. Semangat giler. Haha. Lepas sampai tu, takde orang pon. Pekerja kat situ suruh aku tengok nama, nombor giliran, dengan sesi keberape kat senarai nama. Aku pun cari la. Nombor giliran aku nombor 47, Sesi 2, start pukul 10.30.. Pergh. Lama lagi la. 3 jam lebih lagi. Huhu. Terpaksa la aku balik dulu. Pastu, aku gi pulak Yakin Pandu pukul 10pg. Masa tu, orang ramai giler. Tunggu punya tunggu, pukul 10.30 pon aku gi la kat pondok belajar motosikal tu. Lepas sampai tu, cikgu halau aku. Cikgu cakap, yang sesi 1 pon xsiap lagi, sesi 2 tunggu kat lain dulu, nanti cikgu panggil baru mari. Lepas tu, aku pon tunggu la lagi. Tunggu, tunggu, dan tunggu. Huhu.. Pukul 11, cikgu pon panggil sesi 2. Yes, ni yang berdebar ni. Sampai kat pondok belajar motosikal tu, kena daftar dulu. Pegawai JPJ tu mintak IC dengan lesen L. Lepas tu, kena duduk atas kerusi mengikut nombor giliran, dan kena pakai baju nombor masing2.
Aku pun pakai la baju nombor 47.
Lepas tu, kena tunggu lagi. Masa tinggal 10 orang lagi sebelum aku, pegawai JPJ tu nak rehat. Pukul 1 sampai pukul 2. Aku pun terus gi kat kantin. Takut orang ramai. Dah pukul 2, aku pon gi kat pondok belajar motosikal balik. Cikgu suruh 10 orang yang kat depan aku tu gi naik motosikal. Dah tiba giliran mereka untuk di test. Haha. Aku berdebar giler masa tu. Lepas tu, dah tiba giliran aku pulak. Huh. Makin berdebar la. Semasa beratur nak meniti atas simen tu, budak nombor 46 gagal seimbangkan diri. So, dia kena skip bahagian kemahiran. Dia kena teruskan dengan bahagian jalan raya. Pastu, aku pulak yang kena meniti. Kalau nak lulus, mesti tidak kurang drp 7 saat. Tapi aku buat 10 saat. Haha. Lama giler. Lepas tu halangan kon, brek kecemasan, pusingan lapan, dan selekoh tajam. Senang je. Kemudian, bahagian jalan raya, senang jugak. Mula2 kena betulkan topi keledar, pastu betulkan cermin sisi, kena check lampu signal dan lampu depan dengan belakang, kena toleh belakang, lepas tu kena tahan tangan. Leceh la. banyak betul kerja kena buat. Pastu, bila dah nak berhenti tu, kena lambai tangan, dan kena guna tongkat dua. Kesian kat perempuan. Larat ke nak tongkat dua? Huhu. Tapi tak pe lah. Aku tak kisah pon. Asalkan aku lulus. Dan dapat la lesen P.
Ni la beberapa tips yang tak berguna yang dapat aku bagi kat korang kalau korang nak buat yang 3 jam atau yang 8 jam.
-sabar. Lepas habis je yang 3jam, korang perlu ke pejabat dan serahkan sekeping gambar bersaiz pasport sebab nak buat lesen L.
-datang awal. Kalau korang datang lewat, maybe tak sempat nak buat sebab orang ramai sangat.
-fotostat lesen L. kalau korang nak buat yang 8jam, korang perlu fotostat lesen L sebab nak stapler dekat borang warna kuning.
-duduk di barisan paling depan. Kalau korang duduk kat barisan paling depan, korang dapat buat latihan mula2 lagi. Dah tak perlu tunggu.
-bawak topi keledar sendiri. topi keledar yang dah disediakan tu busuk, kotor dan hodoh. Haha. Kalau korang sanggup guna topi keledar mcm tu, korang tak payah la bawak topi sendiri.
-nombor motosikal berada di bahagian belakang motosikal. Haha. Mula2 aku gi tu, aku tengok nombor kat anak kunci motosikal. Malu giler.
-pilih motosikal yang berwarna merah. Motosikal warna hitam kebanyakannya motosikal yang buruk dan tak sedap dibawa.
-kalau sempat,pergi buat latihan waktu petang terutamanya petang jumaat sebab orang tak ramai, dan tak perlu tunggu langsung.
-Jangan bertolak ansur. Kalau korang dapat motosikal warna merah, jangan tukar dengan orang lain walaupun korang kesiankan mereka yang dapat motosikal buruk.
-sebelum start enjin, pastikan gear adalah neutral. Haha. korang boleh bayang kan macam mana start enjin dgn ada gear?
-Jangan bawak beg. Hal ni penting sebab motosikal tu takde raga. So, korang nak letak kat mana beg tu masa korang bawak motosikal?
-buat latihan semasa cuaca panas. Kalau korang suka mandi hujan, korang gi la buat latihan semasa hujan. Haha.
-kalau boleh, gi buat latihan tu dengan berturut-turut. Lebih cepat kalau korang gi buat hari ahad, dan korang teruskan dengan hari isnin keesokannya sebab senang nak cari borang warna kuning tu.
-Semasa hari penilaian, korang perlu tunggu je. Tak perlu serahkan lesen L sebab cikgu akan panggil orang yang ingin dinilai.
-kalau korang kandas/gagal semasa penilaian, jangan risau sebab korang akan tetap di test dengan JPJ. Tapi korang perlu buat lebih banyak latihan susulan/'panas' supaya tak gagal semasa di test oleh JPJ.
-kalau korang nak buat latihan susulan/'panas' , pastikan korang fotostat borang yang berwarna kuning tu.
-lebih baik kalau korang pergi sendiri drp pergi dengan cikgu. sebabnya, kalau pegi dgn cikgu lambat sampai dan orang ramai, seterusnya tak sempat nak buat latihan.
okey la itu sahaja untuk kali ini. Huhu. Harap2 tips yang tak berguna ni berguna untuk korang.
P/s : I'M SO HAPPY.. THANK YOU AWAK....
BULAN TIGA, BINTANG TIGA... TIGA MALAM TANPA BINTANG..
Kenangan Demi Kenangan
Hai semua. Dah lama betul kan aku tak update blog?
Ish kau ni kamarul. Asyik soalan tu je yang kau tanya.
Dah takde soalan lain ke? Haha. Macam biasa la, dah lama aku tak update blog tu sebab aku busy. Busy buat ape tu? Hehe, macam yang kawan aku nie cakap, dah tiga bulan jadi senior.
Yela kan, dah tingkatan 5. Tak boleh main-main. Tahun ni SPM. Tinggal berapa bulan je lagi nak SPM. Sekarang ni dah bulan 3. Kejap je masa berlalu. Dah tak boleh nak online facebook. Dah tak boleh nak main game. Dah tak boleh nak fikir pasal cinta. Hehe. Mengarut lah.
Dalam masa beberapa minggu ni, banyak perkara yang dah berlaku. Nak aku cerita ke? Okey okey. Tapi sorry la kalau terlampau pendek, dan terlampau panjang. Haha. Banyak idea la tu. Dah boleh buat karangan panjang-panjang.
Pada hari Selasa, 28/2/2012, ada perjumpaan ibu bapa pelajar tingkatan 5. Perjumpaan tentang apa tu? Tentang kelas cemerlang la. Nak bincang pasal yuran. Haha. Mengantuk betul masa tu, dalam bilik tayang pulak tu. Orang lain rasa panas, tapi aku je yang rasa sejuk. Kenapa tu? Pelik la. Haha. Ni mesti sebab teringatkan seseorang tu. 'DIA' bawak ayah dia la. Wali hakim. Haha. PKP cakap, masa belajar kena makan gula-gula. Baru ada energy. Tapi aku taknak makan jugak. Sebab? Sebabnya, kalau aku makan gula-gula dalam kelas, mesti kat bawah meja aku banyak 'supik' gula-gula tu. Haha. Tong sampah jauh sangat. Malas nak gi buang.
Pastu, hari Rabu, 29/2/2012, (cehh, ingat tarikh? Hebat la kau kamarul. Haha.)
sekolah macam biasa, tapi kan lepas aku masuk dalam kelas tu, kawan aku cakap yang pagi tu ada perhimpunan khas. Khas la sangat. Dah la aku tengah bersemangat nak belajar biology. Haha. Mula-mula, PK HEM yang berucap. Ni mesti nak komen pasal disiplin. Pastu kan, PK HEM bagi cadangan nak sediakan CCTV kat dalam tandas, nak buat tandas terbuka, dan cadangan nak buat sekolah tanpa tandas. Semuanya sebab nak banteras kegiatan merokok. Kejam betul. Haha. tapi aku rileks je sebab aku bukan guna sangat tandas. Lepas tu, cikgu cakap cikgu ada jemput penceramah dari luar. Tapi kelas aku tak terlibat. Nak buat macam mana, dah nasib. Huhu. Tapi semua pelajar kelas aku curi-curi tengok dari kelas. Yela kan, kelas aku dekat sangat dengan tapak perhimpunan. Bertuah betul.
Mula-mula penceramah tu datang, nampak bersemangat betul. Dah la bercakap tak pakai mikrofon. Suara dia dah kuat. Tapi kan, cikgu halau kita orang. Cikgu suruh masuk dalam kelas. Haha. Kesian. Kena la sambung belajar. Lepas rehat, tiba-tiba je cikgu baik hati. Cikgu bagi kelas kita orang join jugak ceramah tu. Masa tu dewan terbuka dah penuh. So, aku dengan kawan-kawan aku kena la duduk kat belakang sekali. Dekat dengan longkang pulak tu. Ish, nasib nasib. Aku tak berminat sangat pasal ceramah ni sebab dia libatkan silat. Kenapa la dia tak libatkan astronomi? Haha. Aku nampak dia bawak sesuatu. Aku cakap benda tu pedang, tapi kawan aku cakap benda tu payung. Ish, degil betul la kawan aku nih. Last2, aku jugak yang betul. Benda tu memang pedang, tapi dia guna nak potong nenas je. Haha. Dia cerita pasal kisah hidup dia. Dia pernah syirik. Dia pernah lupa diri. Sedih2. Pastu, dia bagi nasihat kat budak perempuan. Jangan percayakan lelaki, dia orang cuma nakkan ..........
Okey, cukup sampai di situ. Tak perlu panjang-panjang..
Tapi dia lupa, dia tu lelaki jugak. So, korang jangan percayakan dia. Haha. Jahat betul aku ni kan? Aku gurau je. Jangan marah.
Hari Sabtu, 3/3/2012, Hari nie exam. Dah exam ke? Tak ready lagi ni. Huhu.
Keesokannya, ada kelas cemerlang. Pukul 4 sampai pukul 6. Letih wei. Dah la pagi tu exam.
Hari Ahad tu exam addmath. Tapi, hari Isnin baru ada kelas cemerlang addmath. Tak sistematik la macam ni. Pasal functions pun tak faham lagi. Dah la functions ni bab satu tingkatan 4. Teruk betul la aku ni. Huhu. Busy la jugak sepanjang minggu exam ni. Yela kan, kena baca buku. Kena tidur awal. Masa nak tunggu kelas cemerlang tu, ada la beberapa orang yang suruh aku ajar fizik. Sorry la awak. Saya tak pandai sangat fizik. Pasal 'light' pulak tu. Saya bukannya ada gi tuisyen kat luar. Tapi kalau pasal 'Waves' , boleh la saya ajar. Saya faham bab 'Waves' ni. Hehe.
Pasal prinsip perakaunan pun sama. Dia orang suruh aku ajar pasal prinsip perakaunan. Aku bukannya pandai pasal akaun. Aku bukannya ada gi tuisyen. Hehe. Sorry awak....Jangan marah...
Hari Khamis, 8/3/2012, hari nie ada kejohanan merentas desa smkpg 2012. Pengetua cakap, hari ni adalah hari untuk melepaskan tension semasa peperiksaan. Haha. Betul jugak tu. Kena senamrobik la. Pastu, masa lari tu, aku pecut, tinggalkan kawan aku kat belakang. Haha. Dan kemudiannya, ternampak seseorang kat bawah pokok. Tengah buat apa tu? oow, jaga checkpoint rupanya. Kena bagi kad. Bukan kad kredit okey. Haha. Pastu, masa dah lebih separuh jalan, kawan aku ni dapat kejar aku balik. Pergh, cepatnya dia lari. Nak buat macam mana kan, aku dah letih. Tapi, masa dah sampai kat pagar sekolah tu, aku pecut balik. so, aku menang, and dia kalah. Haha. Lepas sampai tu, aku pun cari la kawasan rumah hijau. Tapi ternampak seseorang tengah jaga nasi kat rumah biru. Haha. Rajin betul. Dah jumpa rumah hijau tu, apa lagi, mintak air la. Ni yang aku benci ni. Rumah hijau buat air asam masin. Masin wei, aku benci air asam masin. Makin dahaga ada la. Lepas tu, kawan aku ni ajak gi makan. so, ape lagi, aku pun gi la makan. Kesian kat 'DIA' tu. Bagi nasi je tau, tapi tak makan. Diet. Haha. Untuk pengetahuan korang, hari tu aku pakai kaca mata. Aku tak rabun la, aku pinjam je kaca mata tu. Nak cuba try test. Haha. Ada yang puji, and ada yang perli. Haha. Jahat2. Mesti muka aku macam budak2 kalau pakai kaca mata. Tapi kan, ada jugak yang cakap muka aku nampak matured kalau pakai kaca mata. Yang mana satu betul ni? Haha. Pening aku. Masa lari tu aku tak pakai kaca mata. sebabnya, aku takut terjatuh, pastu tak pasal-pasal kena ganti balik. Haha. Hari tu, rumah hijau kalah la. Huhu. Tahniah la kat rumah merah sebab dapat tempat kedua. Walaupun ada orang tu tak lari. Haha.
Hari Sabtu, 10/3/2012,
Kan cuti sekolah seminggu. So, untuk menghilangkan stress, kawan aku ajak gi hangout kbmall hari tu. Tapi aku tak gi. Aku memang nak gi, tapi aku takde mood. Huhu. Pastu kan, 'DIA' ckp yg dia gi kbmall jgk hari tu. Laa. Nape tak cakap awal-awal? Kalau tak, boleh saya join jgk. Huhu. Nak menyibuk je tahu. Tak pe lah. Lupakan. Lain kali yer.
Hari Ahad, 11/3/2012,
Hari ni ada kelas tambahan sejarah dengan BM. Buat apa lagi, bincang kertas periksa lah. Huhu. Awak memang pandai sejarah. BM pon. Math pun sama. PAI jugak. Hehe. Tolong ajar saya boleh? Hari ni, semua tak puas hati dengan cikgu BM sebab cikgu bagi markah terlalu mengikut skema. Banyak markah yang kena potong. Pastu, ada yang jawab 'bagai pinang dibelah empat'. Haha. Sape tu? Sy kot. Huhu.
Isnin, 12/3/2012,
Hari ni kelas tambahan matematik dengan biologi. Matematik bincang pasal kertas periksa. Lepas tu kan, ada la kawan aku sorang ni, dia pinjam telefon aku, dia nak hantar msg kat kakak dia. Ish, dah la kredit aku tinggal sikit je. Huh, daripada 1 jadi 3. Hah? Ape tu? Lupakan. Takde pape pon. Haha.
Selasa, 13/3/2012,
Hari ni ada kelas tambahan fizik dengan BI. Tapi aku tak gi kelas tambahan hari ni sebab aku gi test lesen dengan JPJ. Haha. Demi mendapatkan lesen P. Pasal lesen ni aku ceritakan dalam entri yang seterusnya ok.
P/s : Pasal pc aku tuh, hari tu aku dah hantar repair. Tapi tak repair pon. Cuma nak tengok punca pc aku tak hidup. Yela, nak repair pon tak cukup bajet lagi ni. Huhu. Dia cakap, pc aku tu tak hidup sebab motherboard rosak. Aku tanya, ado bukti ko? (ada bukti ke?), dia jwb, kalau cabut RAM ni, sepatutnya komputer ni berbunyi titttt, tapi awak tengok la saya cabut ni, tak berbunyi pon. Dah bisu ke? Haha. Part ni la aku benci. PC aku rosak motherboard. Kena tukar motherboard baru la nampaknya. Nasib baik dia cakap yang game, lagu2, dgn gambar2 kat dalam local disk masih boleh diselamatkan lagi. Huhu. Benci betul. Aku tak pandai sangat bab motherboard ni. Kenapa dia tak panggil fatherboard? Hahaha. Nampaknya, lama lagi la baru aku boleh guna pc aku balik. Tapi kan, kalau takde aral melintang, rasanya dalam hujung bulan 4 ni aku dah nak online facebook balik. Tapi bukan online hari2 la. Harap2 akaun facebook aku tu belum dilupuskan lagi dan tak berhabuk sangat. Aku rindukan kawan2 aku yang hidup kat dalam facebook tu. Haha. Jangan lupa add aku.
Subscribe to:
Posts (Atom)