Monday, March 26, 2012

Tips yang tak berguna


Hai semua. Korang sihat x? aku sihat je. Haha.
Hari Selasa, 13/3/2012, aku gi Yakin Pandu lagi. Kali ni untuk test lesen dengan JPJ. Dah sebulan aku siap penilaian, baru dapat test dengan JPJ. Lama giler.

Mula2, pagi tu, pukul 7 pg lagi aku gi Yakin Pandu. Semangat giler. Haha. Lepas sampai tu, takde orang pon. Pekerja kat situ suruh aku tengok nama, nombor giliran, dengan sesi keberape kat senarai nama. Aku pun cari la. Nombor giliran aku nombor 47, Sesi 2, start pukul 10.30.. Pergh. Lama lagi la. 3 jam lebih lagi. Huhu. Terpaksa la aku balik dulu. Pastu, aku gi pulak Yakin Pandu pukul 10pg. Masa tu, orang ramai giler. Tunggu punya tunggu, pukul 10.30 pon aku gi la kat pondok belajar motosikal tu. Lepas sampai tu, cikgu halau aku. Cikgu cakap, yang sesi 1 pon xsiap lagi, sesi 2 tunggu kat lain dulu, nanti cikgu panggil baru mari. Lepas tu, aku pon tunggu la lagi. Tunggu, tunggu, dan tunggu. Huhu.. Pukul 11, cikgu pon panggil sesi 2. Yes, ni yang berdebar ni. Sampai kat pondok belajar motosikal tu, kena daftar dulu. Pegawai JPJ tu mintak IC dengan lesen L. Lepas tu, kena duduk atas kerusi mengikut nombor giliran, dan kena pakai baju nombor masing2.
Aku pun pakai la baju nombor 47.

Lepas tu, kena tunggu lagi. Masa tinggal 10 orang lagi sebelum aku, pegawai JPJ tu nak rehat. Pukul 1 sampai pukul 2. Aku pun terus gi kat kantin. Takut orang ramai. Dah pukul 2, aku pon gi kat pondok belajar motosikal balik. Cikgu suruh 10 orang yang kat depan aku tu gi naik motosikal. Dah tiba giliran mereka untuk di test. Haha. Aku berdebar giler masa tu. Lepas tu, dah tiba giliran aku pulak. Huh. Makin berdebar la. Semasa beratur nak meniti atas simen tu, budak nombor 46 gagal seimbangkan diri. So, dia kena skip bahagian kemahiran. Dia kena teruskan dengan bahagian jalan raya. Pastu, aku pulak yang kena meniti.  Kalau nak lulus, mesti tidak kurang drp 7 saat. Tapi aku buat 10 saat. Haha. Lama giler. Lepas tu halangan kon, brek kecemasan, pusingan lapan, dan selekoh tajam. Senang je. Kemudian, bahagian jalan raya, senang jugak. Mula2 kena betulkan topi keledar, pastu betulkan cermin sisi, kena check lampu signal dan lampu depan dengan belakang, kena toleh belakang, lepas tu kena tahan tangan. Leceh la. banyak betul kerja kena buat. Pastu, bila dah nak berhenti tu, kena lambai tangan, dan kena guna tongkat dua. Kesian kat perempuan. Larat ke nak tongkat dua? Huhu. Tapi tak pe lah. Aku tak kisah pon. Asalkan aku lulus. Dan dapat la lesen P.

Ni la beberapa tips yang tak berguna yang dapat aku bagi kat korang kalau korang nak buat yang 3 jam atau yang 8 jam.
-sabar. Lepas habis je yang 3jam, korang perlu ke pejabat dan serahkan sekeping gambar bersaiz pasport sebab nak buat lesen L.
-datang awal. Kalau korang datang lewat, maybe tak sempat nak buat sebab orang ramai sangat.
-fotostat lesen L. kalau korang nak buat yang 8jam, korang perlu fotostat lesen L sebab nak stapler dekat borang warna kuning.
-duduk di barisan paling depan. Kalau korang duduk kat barisan paling depan, korang dapat buat latihan mula2 lagi. Dah tak perlu tunggu.
-bawak topi keledar sendiri. topi keledar yang dah disediakan tu busuk, kotor dan hodoh. Haha. Kalau korang sanggup guna topi keledar mcm tu, korang tak payah la bawak topi sendiri.
-nombor motosikal berada di bahagian belakang motosikal. Haha. Mula2 aku gi tu, aku tengok nombor kat anak kunci motosikal. Malu giler.
-pilih motosikal yang berwarna merah. Motosikal warna hitam kebanyakannya motosikal yang buruk dan tak sedap dibawa.
-kalau sempat,pergi buat latihan waktu petang terutamanya petang jumaat sebab orang tak ramai, dan tak perlu tunggu langsung.
-Jangan bertolak ansur. Kalau korang dapat motosikal warna merah, jangan tukar dengan orang lain walaupun korang kesiankan mereka yang dapat motosikal buruk.
-sebelum start enjin, pastikan gear adalah neutral. Haha. korang boleh bayang kan macam mana start enjin dgn ada gear?
-Jangan bawak beg. Hal ni penting sebab motosikal tu takde raga. So, korang nak letak kat mana beg tu masa korang bawak motosikal?
-buat latihan semasa cuaca panas. Kalau korang suka mandi hujan, korang gi la buat latihan semasa hujan. Haha.
-kalau boleh, gi buat latihan tu dengan berturut-turut. Lebih cepat kalau korang gi buat hari ahad, dan korang teruskan dengan hari isnin keesokannya sebab senang nak cari borang warna kuning tu.
-Semasa hari penilaian, korang perlu tunggu je. Tak perlu serahkan lesen L sebab cikgu akan panggil orang yang ingin dinilai.
-kalau korang kandas/gagal semasa penilaian, jangan risau sebab korang akan tetap di test dengan JPJ. Tapi korang perlu buat lebih banyak latihan susulan/'panas' supaya tak gagal semasa di test oleh JPJ.
-kalau korang nak buat latihan susulan/'panas' , pastikan korang fotostat borang yang berwarna kuning tu.
-lebih baik kalau korang pergi sendiri drp pergi dengan cikgu. sebabnya, kalau pegi dgn cikgu lambat sampai dan orang ramai, seterusnya tak sempat nak buat latihan.

okey la itu sahaja untuk kali ini. Huhu. Harap2 tips yang tak berguna ni berguna untuk korang.

P/s : I'M SO HAPPY.. THANK YOU AWAK....

BULAN TIGA, BINTANG TIGA... TIGA MALAM TANPA BINTANG..

No comments: