Friday, September 9, 2011

awan oh awan..

sebelum bulan puasa, awan tebal gler..
nak tengok bintang pun susah..
bila awan tebal, ape lagi, mesti hujan lebat..

tapi bila masuk je bulan puasa, awan xde langsung..
langit cerah je.. happy betul aku mencerap bintang n melihat buruj2..
masa bulan puasa, buruj yang senang untuk dilihat adalah buruj scorpio and sagittarius..
planet zuhal tu ada jugak, tapi xnampak sangat, sebab planet zuhal tu tenggelam pukul 9..

tapi, bila masuk je bulan raya, awan tebal balik..
satu bintang pun xde.. hujan tu hujan la jugak..
xbleh aku nak mencerap bintang n melihat buruj2..
buruj2 yang senang dilihat masa bulan raya ni adalah
buruj scorpio, sagittarius, aquarius, pisces, taurus, gemini orion, n aku punya zodiak, iaitu cancer..
pastu, msa bulan raya ni, planet zuhal dah xde, tapi yang ada adalah planet musytari dan marikh..
planet musytari dapat dilihat dari pukul 11, arah timur.. kalau korang tengok arah timur waktu tu,
korang akan nampak satu bintang yang paling cerah.. bintang tu lah planet musytari..
tu pun kalau awan xtebal lah..

lantaklah awan tebal ke x, yang aku kagumnya adalah bulan..
walaupun awan teramat tebal, tapi bulan masih juga kelihatan..
bleh diambil iktibar nih..

jika seluruh dunia menuduh anda penipu,
anda harus berani untuk menegakkan kebenaran,
sama seperti bulan tu,
yang masih kelihatan walaupun awan tebal
yg tidak mahu bulan kelihatan..

aku harap esok , lusa, dan hari-hari yang seterusnya,
awan dah xtebal sangat.. so, bleh la aku tenangkan fikiran aku yg teramat pening ni dengan melihat bintang yang teramat cantik...
by the way, masa bulan puasa tu, aku pergi bachok.. pastu, aku tertengok langit..
perghh.. cantik gler.. sungguh mengagumkan.. aku tergamam..
xder awan langsung.. gangguan cahaya pun xde..
semua bintang jadi teramat terang..
lepas tu, bila tengok lama-lama,
makin banyak bintang yang kelihatan..
ada jugak bintang yang berkelip-kelip..

biasa lah..
gangguan cahaya xde sebab jauh dari bandar..
bintang jadi terang sebab xde pencemaran cahaya..
bintang jadi makin banyak sebab mata kita dah biasakan diri dengan keadaan yang gelap..
n
bintang tu berkelip-kelip sebab ; korang belajar fizik kan??
kat situ ada penjelasannya.. ari tu cikgu ada cakap..
tu la, sape sruh tido masa cikgu mengajar..!


aku rindukan planet zuhal.. xde zuhal, musytari pun jadi lah..
aku pun rindukan buruj orion.. xde orion, scorpio and sagittarius pun jadi lah..

p/s : buruj cancer sangat susah untuk dilihat.. kerana bintang2 nya teramat malap.. so, buruj cancer sememangnya boring.. xmacam scorpio and sagittarius.. senang untuk dilihat dan dicam.. teramat terang, dan besar..

sekian, terima kasih..
bye..

No comments: