Di utara, Big Dipper gah mengawal. Sementara sang Arcturus mengiringi permata Corona Borealis meninggi ke zenith. Di timur, Scorpio dan Sagittarius tanpa belas kasihan menerjah dengan jutaan bintang-bintang Bima Sakti. Di Selatan Crux, dan Alpha Centauri melibas-libas pucuk pokok kelapa dan penceramaran cahaya dari Kota Bharu. Manakala tegak di atas kepala, sang Virgo dengan penuh gerun memandang tepat ke arah kami di bawah, namun Zuhaulin... sang planet Zuhal, setia bersinar tenang seolah-olah memberi kesimbangan dan ketenganan di jiwa kami..
Saya amat teruja kerana Omega Centauri berjaya di-resolve-kan ke bintang-bintang menerusi telescope 80mm Equinox yang dibawa. Pelajar yang hadir turut disajikan dengan keindahan Jewel Box cluster yang saya dapati hampir semua dapat lihat cantiknya gabungan bintang-bintang putih dan sebutir bintang merah di tengah-tengah gugusan ini!
Sementara waktu siang, teleskop 80mm dengan berpenapiskan H-Alpha, telah membawa peserta mengamati letusan matahari (prominence) yang agak banyak disepanjang 2 hari aktiviti.
No comments:
Post a Comment