Saturday, May 14, 2011

Program Kem Astronomi

tema : ISLAM DAN SAINS FALAK
p/s : sorry lau gambar2 ni gambar copy coz xbwk camera sendiri...








Beberapa hari yg lalu, iaitu pada 5 hingga 7 mei 2011,
aku telah menyertai satu kem.. kem ni lain dari yang lain..
kali pertama diadakan di Kelantan.. 2 orang dari setiap
sekolah di kawasan Kota Bharu dipilih untuk menyertai
program kem astronomi ni.. aku salah seorang yg
terpilih..
(sebenarnya kawan2 sekelas tak berminat pasal astronomi ni..)
so, aku dengan senang hatinya tawarkan diri untuk menyertai
kem ni.. pelajar semuanya 80 orang.. semua adalah pelajar form 4..
tapi ada 2 orang yang form 2.. salah sorang darinya adalah
Eskandar a.k.a. abe long yg always tekey..



abang-abang
and kakak-kakak fasilitator semuanya lebih kurang 10 orang..

Mula-mula sampai kat Perdana Resort tu, aku tak kenal
sape-sape pun.. lepas tu, kena beratur, abang fasi tu
nak kasi baju free.. happynyer.. tp bila dah sampai
giliran aku, abang fasi tu bagi baju saiz L.. besarrr..
abang fasi tu cakap, baju saiz M dah habis..
lantak la.. asalkan free.. next, msuk dlm dewan Duyung..
aku tengok,semua pakai baju sekolah.. aku and
kawan sekelas aku je yang pakai baju sukan..
warna kuning pulak tu ! tapi tak pe la.. kuning
pun kuning la..


masa tu, kat atas meja ada air
mineral, kertas, pensel and gula-gula..
aku nervous gile, ingatkan ada exam..
sambil-sambil tunggu pelajar lain masuk dewan,
aku makan la gula-gula yang free tu..
sedap.. majlis belum start pun lagi, tapi
gula-gula dah habis.. kesian..



lepas tu,
abang fasi tu edarkan kertas warna hijau.
aku ingatkan apa, rupanya lirik lagu.. lagu tu
lagu tema program tersebut.. best gak lagu tu..
ni lirik dia..


DEMI MATAHARI - SNADA

(1)
Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

(2)
Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

(3)
Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

(4)
Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ...

(5)
Subhanallah

1, 2, 1, 2, 3, 1, 2, 3, 4, 4, 5....




Lepas nyanyi tu, berlangsung la majlis perasmian..
lepas habis majlis perasmian tu, ada ice-breaking
la pulak.. kena kenal-kenal dengan kawan-kawan dari sekolah lain..
aku kumpulan ketiga.. abang ikram adalah abang fasi kitaorang..
ahli-ahlinya adalah Ainur, Sharifah, Ashlah, Ilyas, Amin, Afiq,
dan tak lain dan tak bukan, KAMARUL..


best gak kenal-kenal
kat tepi tasik.. pastu, bagi kunci,


and then msuk chalet.. setiap chalet 4 orang..
bila dah masuk chalet, apa lagi, ambil gambar la ! mula2, letak tanda ni
kemudian,

room mate..












pastu, kita MAKAN








petang tu ada la main permainan sikit.. and malam tu paling best..
bleh tengok buruj.. tengok planet Zuhaulin dengan teleskop,
atau dalam bahasa Tiger Woods, planet Zuhal.. nampak
gelung dia.. cantik.. boleh tengok buruj cancer.. memang
best giler malam tu..




pastu keesokannya, ada kuliah pasal
fenomena UFO..

macam tak percaya pulak UFO tu wujud..
saiz yang paling besar adalah 500KM ! dan yang paling kecil
adalah sebesar tayar kereta kancil.. pastu, ada sesi cerapan matahari
plak.. thanks to Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM)..
dia ajar cara nak tentukan kiblat menerusi matahari dengan
menggunakan alat dia..
nampak solar flare..


pastu dia ajar cara nak buat kalendar..
pastu, dapat kalendar dengan peta free..





petang tu plak, ada aktiviti buat water rocket.. best.. buat sendiri..


ada brek tu..



and dapat tempat ke4 dari 5..

yang ni roket paling hebat.. ada payung terjun..

pastu entah kenapa, payung terjun tak terbuka..
ada kerosakan teknikal kot.. sampai tembus khemah VIP..



pukul 7.45 malam,
ada kuliah lagi.. tajuk dia, "makhluk asing,wujudkah mereka di alam semesta ini ?"
pengkuliah dia adalah wartawan dari NSTP..(yang kanan,topi warna merah and hitam)

dia cakap, alien ni mungkin adalah jin..
(sama macam teori aku..) dia cakap, dalam Quran ada bagitahu, jin dicipta 2000tahun lebih awal
dari manusia.. sebab tu alien ada UFO.. piring yang boleh terbang.. pastu, dia cakap lagi,
toyol juga mungkin adalah alien.. (sama macam teori aku jugak !)
penerangan dia, alien-alien yang maju dah tinggalkan alien yang tak maju-maju
kat bumi iaitu toyol.. tapi, yang tak bestnya, dia cakap nak ajar cara
nak tangkap gambar UFO, tapi masa tak mengizinkan..


kemudiannya, ada sesi cerapan pulak.. best..
tengok planet zuhal dengan teleskop buat kali terakhir.. planet zuhal
ni berada di siku buruj virgo.. bestnya tengok planet zuhal and
Globula Cluster (gugusan bintang).. sungguh indah..
pastu, dia cakap, dalam bulan Mei ni, ada 4 buah planet
yang menari-nari sepanjang bulan Mei pada pukul 6pagi
di arah timur, iaitu planet Marikh, Musytari, Utarid, and Venus..
pastu, dia cakap ada hujan meteor pada pkul 1 pagi 7 Mei.. iaitu meteor Eta Aquarids..
tapi sayang, tak boleh tengok.. tidur awal sangat.. sedih-sedih..





Esoknya, dah nak balik dah..
kena denda ngan abang fasi tu.. kena menari berdasarkan clip video
"senam otak me".. sungguh memalukan..
lepas abis tu, kita orang ambil gambar la banyak-banyak..
yang ni gambar kakak-kakak fasi..(yg tiga kat depan and dua kat belakang tu bukan yer..)
pastu, kena letak benda ni kat pintu bilik..



memang aku happy giler boleh gi program kem astronomi ni..
sape-sape yang tak gi tu memang rugi sangat.. harap-harap
ada lagi kem yang macam ni..

No comments: