Sunday, January 29, 2012

Terubat rindu dihati...:)

Hai semua. Kali ni aku takde banyak sangat cerita. Tapi ada la satu dua cerita yang nak aku ceritakan. Harap korang baca. Haha. Kalau tak ikhlas, lagi baik tak payah baca. Aku nak mulakan dengan hari sabtu. Ni mesti pasal lesen lagi kan? Haha. Memang. Hari sabtu tu aku dah siapkan 8jam. So, disebabkan aku dah siapkan 8jam, aku rancang hari jumaat nie boleh la gi penilaian. Tapi kan, kawan aku kat yakin pandu tu cakap, lepas 8 jam, ada sejam lagi. So, jumlahnya adalah 9 jam. Alamak. Takkan la sejam lagi. Takpelah. Sejam pun sejam lah. Hari jumaat tu aku nak buat sejam lagi, pastu hari sabtu penilaian. Yes. Harap-harap dah takde masalah yang timbul. Lagipun, cuti raya cina hari tu bukan ganti hari sabtu ni. Tapi hari sabtu minggu depan. Huh. Mujur-mujur. Nasib baik betul lah. Haha.

 Petang sabtu tu kak long balik. Malam sabtu tu kita orang pun gi la pasar malam Taman Bendahara. Yang kat sebelah Pasar raya Pantai Timur tu. Lepas tu gi Mydin Kubang Kerian. Lepas siap shopping, kita orang pun balik la. Lepas balik tu, mama dengan kak long pergi USM. Kak long dah nak bersalin. Dan tepat pada 1.44 pagi tadi, lahir la anak saudara aku yang kedua ni. Lelaki jugak la. Cute la jugak. Nama tak bagi lagi. Rasanya nak bagi nama Hakim kot. Sempena nama aku. Haha.

 Hari ni dah sekolah. Yela, cuti raya cina kan dah habis. Hari ni tetap ada perhimpunan, walaupun hujan sikit. Sikit je, tapi tempat barisan kelas kita orang basah la. So, cikgu suruh beralih dekat sebelah koperasi. Bercakap tentang koperasi ni, koperasi baru sekolah kita orang dah buka la. Pagi-pagi lagi aku dah pergi rasmikan. Haha. Beli buku nota je. Tahun baru mesti la buku nota baru. Padahal buku nota tahun lepas banyak lagi kosong. Teacher cakap, semua pelajar wajib buat diari setiap hari dalam bahasa inggeris. Satu ayat sehari pun tak pe. Tapi kan, aku tak beli lagi buku diari tu. Haha. Bila la nak pergi SMO ni. Kalau korang pergi SMO, tolong belikan untuk aku boleh tak? Aku nak yang warna biru. Haha.

 Hari ni tak belajar sangat, tapi belajar la jugak. Masa pendidikan islam, kita orang belajar pasal Bani Abbasiyah. Aku ingatkan nak belajar pasal kahwin. Haha. Gatal nak kahwin la ko ni Kamarul. Tak la. Saja je tu. Jangan marah. Masa sejarah pulak, ramai yang tak siap nota sejarah. Nasib baik aku dah siap. Lepas tu masa Bm, dan masa Akaun. Masa akaun tu kena daftar rumah sukan la. Aku, Iman dan Lat rumah hijau. Bagus, sama dengan warna baju. Masa cikgu suruh calonkan pengerusi, aku cadangkan Lat. Haha. Lepas tu, dia cadangkan aku balik. Cehh, padan muka. Baru adil. Haha. Dia jadi bendahari. Aku tak jadi pape pno. Yela, aku ni kan takde peminat. Takde orang pun yang kenal aku. Secret admirer? Lagi la takde. Haha. Nasib baik aku tak jadi bendahari. Aku tak suka sangat pegang duit banyak-banyak ni.

 Satu lagi, hari ni aku terperasan benda baru. Nama-nama tingkatan dah berubah.
-Amanah
-Bestari
-Cerdik
-Dinamik
-Gigih
 Ini mengarut. Nasib baik Alfa tak tukar. Aku suka nama Alfa.


 P/s : We still didn't talk to each other. That's too arrogant..:)

Tuesday, January 24, 2012

Really2 Sorry..

Hai semua.. Lama betul aku tak ber-blogging kan? Aku sendiri pun tak ingat bila last time aku online blog nie. Haha. Kenapa dah lama sangat aku tak online blog? Macam mana aku nak jawab nie? Huhu. Entah la kawan. Semua dah lain sekarang ni. Aku dah tak online facebook, blog, YM, semuanya. Ni mesti pasal pc aku yang tak hidup tu kan? Yup2. Memang sebab pc aku tuh. Entah la bila nak gi repair. Aku rindu sangat2 kat pc aku tuh. Okey, cukup la cerita pasal pc aku tuh. Kalau dah repair, nanti aku online facebook okey. Aku pon rindu jugak kat facebook, walaupun kalau aku online facebook, aku tak chat dengan sape2 pon. Nak wat camne, aku ni kan sombong. Betul ke? Haha. Cukuplah aku perli diri sendiri.

 Dalam masa 2-3 minggu ni, banyak benda yang dah berlaku. Korang nak suruh aku cerita ke? Malas la. Haha. Okey2, aku cerita. Tapi pendek je tau. Setiap hari persekolahan, aku asyik selesema je. Tapi yang aku peliknya, aku selesema tu masa kat sekolah je. Kat rumah tak selesema pon. Haha. Virus selesema tu berjangkit kat sekolah kot. Selesema ke, tak selesema ke, cikgu tetap bagi kerja rumah. Ceh, ni yang hilang mood ni. Tapi kan, sejak akhir2 nie aku dah rajin buat kerja rumah. Nota pun aku dah siapkan. Kenapa ni? Aku mengigau ke? Haha. Tak la. Aku rasa maybe sebab pc aku rosak. Yela kan, kalau pc aku tak rosak, aku asyik online facebook je, main game je. So, bila pc aku dah rosak, aku ada banyak masa lapang. Supaya tak membazirkan masa, aku buat la kerja rumah yang cikgu bagi tu. Mesti korang tanya, tak boring ke asyik buat kerja rumah je? Jawapannya, kalau nak hilangkan boring, dengar lagu lah. Hah? Dengar lagu pon boring jugak? Nak buat camne lagi, korang ber'sms' lah dengan korang punya makwe / pakwe. Haha. 

Pada hari sabtu, 14/1/2012, sekolah aku telah mengadakan gotong-royong perdana. Cikgu cakap start pukul 9, kawan-kawan aku pon cakap start pukul 9. Tapi kan, korang tahu tak aku sampai pukul berapa? Haa, aku sampai pukul 8 ! Yup, dengan bangganya, aku sampai teramat awal. Semangat betul kan? Cikgu pun tak sampai lagi. Classmates aku? Lagi la tak sampai. Huh. Apa yang aku buat dalam masa sejam tuh? Hee, nak cakap ke tak hah? Okey la, aku cakap. Dalam masa sejam tuh, aku BACA NOVEL ! Lark ! Bukan ke selama ni aku benci novel? Yup, memang aku benci novel. Aku tersangat-sangat benci novel. Disebabkan aku tak pernah baca novel BM sampai habis, so aku baca lah novel BM untuk tahun terakhir. Yela kan, novel Sutera Dalam Lukisan kan novel form 5, masuk dalam SPM. Sejak dari form 1, novel Anak Din Biola, form 2, Tragedi 14 disember, form 3, Kanang, form 4, Renyah, aku tak pernah baca pon. Haha. Ni dah memang anti novel. Lepas tu kan, dalam pukul 8.45, bestfren aku pon sampai. Shahrul. Dia cakap yang dia dah habis baca novel Sutera Dalam Lukisan. Dia cakap, novel tu tak best langsung. Cerita dia asyik membebel je. Dia habis baca novel tu dalam masa sehari. Untuk pengetahuan korang, dia pun benci novel, sama macam aku. Haha. Habis tu, kenapa dia baca jugak novel Sutera Dalam Lukisan? Jawapan dia sama macam jawapan aku. Novel ni kan novel last, lagipon novel ni masuk dalam SPM. Bagus la dia dah habis baca dalam masa sehari je. Aku ni habis baca dalam masa 5 hari. Start hari sabtu, sampai hari Rabu. Tu pon sebab aku sampai awal kat sekolah. Aku ternampak novel Sutera Dalam Lukisan tu kat bawah meja kawan aku. Lagipon, aku baca tu kat sekolah je. Aku tak baca pon kat rumah. Huhu. Aku memang benci novel. Novel Sutera Dalam Lukisan tu habis macam tu je. Peleraian yang paling teruk. Cikgu cakap penulis tu nak biar pembaca sendiri yang fikirkan macam mana penghujung dia. Teruk betul. Takkan la takde happy ending?

Dah2 la cerita pasal novel tuh. Huhu. Hari sabtu tu kan gotong-royong. Cikgu suruh cat kelas. Warna biru muda. Yes ! Warna favourite aku tuh. Nasib baik bukan warna hijau. Kalau tak, sama dengan warna baju kawan aku. Kan Lat kan? Cehh. Haha. Disebabkan seumur hidup aku tak pernah mengecat, so, tugas mengecat ni diberikan kepada bestfren aku. Lat. Kalau nak mengecat, mula2 kena la bukak tudung tong cat tu. Dan disitulah bermulanya masalah. Haha. Tudung tu tak boleh bukak. Ketat sangat. Dengan menggunakan tenaga lelaki kelas 5 alfa 2012, tudung cat tu tetap tak boleh dibuka. Cehh, nak mengecat kelas macam mana ni? Shahrul pon datang, come to the rescue, dia guna sekuat-kuat tenaga dia, dan boleh buka. Haha. Kita orang pun tepuk tangan. Tahniah2. Well done. Good job buddy. Dan bermula lah kerja2 mengecat. Lepas tu kan, cikgu dan kawan2 perempuan aku suruh aku cat undercoat. Kenapa kena cat undercoat? Sebab kat dinding dalam kelas kita orang, banyak tulisan2 yang diconteng oleh penduduk2 kelas kita orang yang dulu2. Yela kan, untuk kenangan SPM, dia orang tulis nama dia orang. Disebabkan itulah cikgu suruh aku cat undercoat. Dengan tangan yang terketar-ketar, aku cat lah. Haha. Nak buat macam mana, tu la fist time aku mengecat. Hari tu aku terpaksa balik awal. Keesokan tu siap la hasil kerja tangan Lat. Cantik la jugak. Tu kerja kaum Adam, kaum Hawa pulak, tugas dia orang hias kelas. Ada la jugak yang balut meja. Haha. Balut meja pon warna biru jugak. Warna favourite aku tuh. Tak kira la korang ikhlas ke tak balut meja tu, asalkan siap. Tq2. Seminggu lepas tu, hari Jumaat, 20/1/2012, Lat dengan kawan2 aku kena mengecat sekali lagi. Dia orang cat bahagian tepi pulak. Dengar2, cat tak cukup. Betul ke? Haha. 

Sorry la kawan, aku tak boleh pi hari jumaat tu. Aku memang nak pi, tapi tak boleh. Huhu. Hari Sabtu, 21/1/2012, dia orang pi hangout KBMALL. Aku memang nak pi. Aku nak main pool. Lagipun, hari tu krew Hot FM Kelate ade buat pertandingan main boling. Rugi betul lah aku tak boleh pi. Kenapa aku tak boleh pi? Sebab hari sabtu tu aku pi wat lesen, yang 8 jam tuh. Memang ramai giler orang. Tu pun salah aku jugak, aku pi lewat sangat. Haha. Lantak lah, asalkan siap. Masa menunggu tu, aku jumpa dengan kawan aku nih, Adzim. Dia pun buat yang 8 jam jugak. Sama2 menunggu. Tapi aku siap dulu. Haha.

Cuti seminggu ni tak boleh dibazirkan. Aku kena buat 5 jam lagi. Lepas tu, boleh wat penilaian, n then test JPJ, n dapat lesen P. Yes2. Tapi kan, masa cuti ni la cikgu bagi kerja rumah banyak2. Kerja rumah terancang fizik (golden holiday) pun tak siap lagi. Hah? Kerja rumah terancang pun tak hantar lagi? Cikgu suruh hantar lepas cuti hari raya cina. 3 buah karangan tengah menunggu tu. lepas tu, sinopsis, watak dan latar tempat novel Sutera Dalam Lukisan bab demi bab. Hah? Takkan la kena baca novel tu sekali lagi? Oh No !!! Aku takkan baca novel tu sekali lagi. CUKUPLAH SEKALI.. Haha. Novel Sutera Dalam Lukisan aku dah habis baca. Macam mana dengan novel BI, Catch Us If you Can ? Novel tu pun aku dah habis baca. Cerita dia boleh dikatakan boring la jugak. Haha. Aku ingatkan cerita dia ada banyak aksi, macam cerita Catch Me If You Can lakonan Leonardo DiCaprio (idola aku), n cerita Catch That Kid. Tajuk cerita dia hampir sama. Sebab tu la aku baca. Haha. Tapi hampehh, boring betul. Aku dah tak nak baca novel. Aku dah benci novel balik. Haha. Hari tu (aku tak ingat tarikh), aku pi memancing kat kuala. Disebabkan aku teramat rindu nak memancing, aku pun pi lah memancing hari tu. Nak beli umpan udang hidup dulu, tapi tak de, dah habis. So, aku gunalah umpan sotong. Aku pun pi la kat pantai tu. Pantai tu dah banyak berubah. Yela, sekali ombak datang, sekali pantai berubah. Selalunya aku pi memancing atas jeti. So, hari tu, aku pi la memancing atas jeti. Tengok2, jalan nak pi atas jeti tu dah runtuh. Maybe sebab hakisan kuat sangat kot. Paras air laut pun dah naik. Air pun keruh sangat. Maybe sebab tu la aku tak dapat ikan langsung hari tu.

 So, sebagai kesimpulannya, ada kebaikan jugak pc aku tak hidup. Huhu. Korang fikir2 la sendiri k. Nasihat untuk kali ni, "Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.."

  P/s: IMISSYOU......:)

Wednesday, January 4, 2012

IMAN..

hey semua.. kali nie aku nak citer pasal majalah sekolah..
aku salah seorang daripada ahli sedang redaksi..
bak kata orang, wartawan sekolah la nie..
cehh.. kawan2 wartawan aku dah dapat majalah sekolah
nie masa result PMR tahun lepas keluar.. yela kan,
dia orang kena ambil gambar budak2 yang dapat keputusan cemerlang..
dia orang ajak aku, tapi aku xleh gi.. sebab demam.. huhu..
so, semalam baru aku dapat majalah sekolah..
hari nie classmates aku yang dapat majalah sekolah..
esok baru nak gi edar satu sekolah.. edar masa pjk lah..
aku bukannya main bola pon.. huhu..
sorry la kalau xberape perfect.. huhu..

aku ade la terkidnap satu muka surat.. aku gi letak gambar2 masa aku gi junior scientist..
kawan aku la yang suruh.. dia cakap, nie pun event sekolah jugak..







hehe.. jangann marahh..

bertempat di USM kubang kerian.

kalau korang dapat majalah nie, yang kat sebelah aku tu nama dia bukan zafirah okey..

satu lagi, disebabkan xcukup orang, aku pun menyamar la dalam persatuan dan kelab..

kalau aku xmenyamar, kesian, sorang je lelaki..

confirm korang xperasan kan?
yang nie AJK asli okey.. bukan menyamar..


nie la kelas 4alfa yang paling sporting..
P/s : Gambar kelas 4 alfa yang asli aku xleh nak upload sekarang sebab gambar tu duk dalam pc aku
n pc aku tuh still xhidup sampai sekarang.. kalau aku online fb esok, aku copy gambar tu kat fb n upload kat sini okey..

Monday, January 2, 2012

School again..

hey semua.. hari nie kan gi daftar form 5..
aku gi lewat.. tapi xla lewat sangat macam best fren aku nih..
orang dah gi ambik buku teks, dia baru sampai.. haha.
rumah dia banjir la tu.. tukar topik..
mula2 sampai tu, kelas duk kat bawah.. cikgu kelas pulak
cikgu yang tahun lepas jugak.. confirm gempakk..
steady lah cikgu nih.. mula2 sampai tu,
yang paling menarik perhatian adalah koperasi sekolah..
dah banyak berubah.. tapi, still under maintenance..
still xsiap lagi.. so, the big question is, macam mana nak beli tali leher
dengan buku? haha.. tali leher? yela kan, tahun nie aku dah pakai baju hijau..
xtahu la nape mengigau.. tetiba je pakai baju warna hijau..
padahal aku suka warna biru.. kawan aku yang suka warna hijau..
kan Lat kan ? haha.. menyerlah betul warna baju hijau dia..
dia lah yang paling mencuri perhatian kawan2 aku.. cehh ayat..
yela kan, kawan2 aku yang lain semuanya pakai baju warna putih..
so, aku dengan lat je yang pakai baju ade warna.. dah la tahun nie kelas
kita orang ade 6 orang je lelaki.. semuanya dah pupus..
kawan2 aku nie esok baru dia orang nak pakai baju yang ade warna..
so, esok mesti berwarna warni pelajar2 kelas aku.. hehe..
warna biru la.. warna ungu la.. n warna hijau.. tapi still ade 4 lagi
warna pelangi.. haha.. satu lagi, kelas kita orang dah pindah..
kelas kita orang berada kat atas koperasi sekolah..
masa cikgu tengah lantik ketua tingkatan, pengetua baru datang
melawat kelas kita orang.. so, betul la yang sekolah aku nie dah
tukar pengetua.. harap2 pengetua nie best..

yg ajk kebersihan tu pasangan paling bahagia.. haha..

jadual kelas kita orang

tempat yg xsesuai utk ambik gambar..huhu.. muka aku dah berubahh..

orang lain dah balik.. kita orang pulak buat studygroup.. huhu..

copy and paste jelah..

tempat duduk kita orang..


Sunday, January 1, 2012

New year, new month, new week, new day..

Happy new year semua.. dah2 la sambut tahun baru tu..
esok dah daftar sekolah.. untuk form 5 la.. iaitu aku..
huhu.. dah tua rupanya.. semalam hujan sampai pagi..
xberhenti.. maybe sebab tu la perlawanan bola kelantan vs terengganu dibatalkan..
huhu.. betul ke nie? entah la belalang.. yang aku tahu,
semalam line celcom busy giler.. hantar msg pun asyik pending jer..
tapi line celcom masa malam raya lagi busy.. mungkin line celcom
busy sebab semua orang nak wish epy new year kat dia orang punya awek..
haha.. mengarut kan?

Tahun 2011 yang paling bermakna dalam hidup aku dah pergi meninggalkan kita..
kenapa tahun 2011 tu amat bermakna? yela, semuanya dah berubah pada tahun 2011..
tahun 2011, aku mula meminati bidang astronomi.. terima kasih kepada kem astronomi
yang telah diadakan pada bulan mei... sejak hari tu, aku selalu mencerap bintang..
aku selalu tengok planet zuhal.. buruj.. and bulan.. huhu..
kan menenangkan fikiran.. bleh tengok gerhana bulan.. 2 kali pulak tu..
gerhana bulan penuh 16jun and 10disember..
bleh tentukan arah kiblat guna matahari.. 2 kali jugak..
aku boleh tengok hujan meteor.. himpunan planet2..
tapi ade jugak yang terlepas.. huhu.. xsempat nak tengok moon halo..
xsempat nak tengok ISS melintas kat langit..

Aku rindu tahun 2011.. rindu pun rindu jugak..
kerja rumah terancang still xsiap lagi.. huhu..
dah la esok kena hantar... masalah2..
dengar2 pengetua sekolah ni dah tukar.. betul ke?
entah la.. just wait and see okey.. huhu..
ramai yang dah post entri pasal tahun baru nih..
tapi kan, nape aku tengok, kebanyakan blog, shoutbox dia orang xmenjadi?
same la macam blog aku.. shoutbox dah rosak ke hah?
ke aku sorang je yang perasan? entah la..

P/s : cerita ombak rindu yg aku download hari tu xsedih sangat.. tengok iklan memang sedih giler..
aku lebih suka cerita lagenda budak setan.. huhu.. sedih2.. perempuan yang playgirl..
cerita mission impossible 4: ghost protocol yang aku download hari tu pun xberapa sedap..
boring.. tengok iklan memang best, masa dia panjat burj khalifa.. tapi bila tengok cite dia,
kejap je dia panjat burj khalifa.. boring..
satu lagi, cerita sherlock holmes : a game of shadows aku dah download jugak..
kawan aku yang suruh.. tapi aku xsempat tengok lagi.. harap2 best.. huhu..