Tuesday, January 24, 2012

Really2 Sorry..

Hai semua.. Lama betul aku tak ber-blogging kan? Aku sendiri pun tak ingat bila last time aku online blog nie. Haha. Kenapa dah lama sangat aku tak online blog? Macam mana aku nak jawab nie? Huhu. Entah la kawan. Semua dah lain sekarang ni. Aku dah tak online facebook, blog, YM, semuanya. Ni mesti pasal pc aku yang tak hidup tu kan? Yup2. Memang sebab pc aku tuh. Entah la bila nak gi repair. Aku rindu sangat2 kat pc aku tuh. Okey, cukup la cerita pasal pc aku tuh. Kalau dah repair, nanti aku online facebook okey. Aku pon rindu jugak kat facebook, walaupun kalau aku online facebook, aku tak chat dengan sape2 pon. Nak wat camne, aku ni kan sombong. Betul ke? Haha. Cukuplah aku perli diri sendiri.

 Dalam masa 2-3 minggu ni, banyak benda yang dah berlaku. Korang nak suruh aku cerita ke? Malas la. Haha. Okey2, aku cerita. Tapi pendek je tau. Setiap hari persekolahan, aku asyik selesema je. Tapi yang aku peliknya, aku selesema tu masa kat sekolah je. Kat rumah tak selesema pon. Haha. Virus selesema tu berjangkit kat sekolah kot. Selesema ke, tak selesema ke, cikgu tetap bagi kerja rumah. Ceh, ni yang hilang mood ni. Tapi kan, sejak akhir2 nie aku dah rajin buat kerja rumah. Nota pun aku dah siapkan. Kenapa ni? Aku mengigau ke? Haha. Tak la. Aku rasa maybe sebab pc aku rosak. Yela kan, kalau pc aku tak rosak, aku asyik online facebook je, main game je. So, bila pc aku dah rosak, aku ada banyak masa lapang. Supaya tak membazirkan masa, aku buat la kerja rumah yang cikgu bagi tu. Mesti korang tanya, tak boring ke asyik buat kerja rumah je? Jawapannya, kalau nak hilangkan boring, dengar lagu lah. Hah? Dengar lagu pon boring jugak? Nak buat camne lagi, korang ber'sms' lah dengan korang punya makwe / pakwe. Haha. 

Pada hari sabtu, 14/1/2012, sekolah aku telah mengadakan gotong-royong perdana. Cikgu cakap start pukul 9, kawan-kawan aku pon cakap start pukul 9. Tapi kan, korang tahu tak aku sampai pukul berapa? Haa, aku sampai pukul 8 ! Yup, dengan bangganya, aku sampai teramat awal. Semangat betul kan? Cikgu pun tak sampai lagi. Classmates aku? Lagi la tak sampai. Huh. Apa yang aku buat dalam masa sejam tuh? Hee, nak cakap ke tak hah? Okey la, aku cakap. Dalam masa sejam tuh, aku BACA NOVEL ! Lark ! Bukan ke selama ni aku benci novel? Yup, memang aku benci novel. Aku tersangat-sangat benci novel. Disebabkan aku tak pernah baca novel BM sampai habis, so aku baca lah novel BM untuk tahun terakhir. Yela kan, novel Sutera Dalam Lukisan kan novel form 5, masuk dalam SPM. Sejak dari form 1, novel Anak Din Biola, form 2, Tragedi 14 disember, form 3, Kanang, form 4, Renyah, aku tak pernah baca pon. Haha. Ni dah memang anti novel. Lepas tu kan, dalam pukul 8.45, bestfren aku pon sampai. Shahrul. Dia cakap yang dia dah habis baca novel Sutera Dalam Lukisan. Dia cakap, novel tu tak best langsung. Cerita dia asyik membebel je. Dia habis baca novel tu dalam masa sehari. Untuk pengetahuan korang, dia pun benci novel, sama macam aku. Haha. Habis tu, kenapa dia baca jugak novel Sutera Dalam Lukisan? Jawapan dia sama macam jawapan aku. Novel ni kan novel last, lagipon novel ni masuk dalam SPM. Bagus la dia dah habis baca dalam masa sehari je. Aku ni habis baca dalam masa 5 hari. Start hari sabtu, sampai hari Rabu. Tu pon sebab aku sampai awal kat sekolah. Aku ternampak novel Sutera Dalam Lukisan tu kat bawah meja kawan aku. Lagipon, aku baca tu kat sekolah je. Aku tak baca pon kat rumah. Huhu. Aku memang benci novel. Novel Sutera Dalam Lukisan tu habis macam tu je. Peleraian yang paling teruk. Cikgu cakap penulis tu nak biar pembaca sendiri yang fikirkan macam mana penghujung dia. Teruk betul. Takkan la takde happy ending?

Dah2 la cerita pasal novel tuh. Huhu. Hari sabtu tu kan gotong-royong. Cikgu suruh cat kelas. Warna biru muda. Yes ! Warna favourite aku tuh. Nasib baik bukan warna hijau. Kalau tak, sama dengan warna baju kawan aku. Kan Lat kan? Cehh. Haha. Disebabkan seumur hidup aku tak pernah mengecat, so, tugas mengecat ni diberikan kepada bestfren aku. Lat. Kalau nak mengecat, mula2 kena la bukak tudung tong cat tu. Dan disitulah bermulanya masalah. Haha. Tudung tu tak boleh bukak. Ketat sangat. Dengan menggunakan tenaga lelaki kelas 5 alfa 2012, tudung cat tu tetap tak boleh dibuka. Cehh, nak mengecat kelas macam mana ni? Shahrul pon datang, come to the rescue, dia guna sekuat-kuat tenaga dia, dan boleh buka. Haha. Kita orang pun tepuk tangan. Tahniah2. Well done. Good job buddy. Dan bermula lah kerja2 mengecat. Lepas tu kan, cikgu dan kawan2 perempuan aku suruh aku cat undercoat. Kenapa kena cat undercoat? Sebab kat dinding dalam kelas kita orang, banyak tulisan2 yang diconteng oleh penduduk2 kelas kita orang yang dulu2. Yela kan, untuk kenangan SPM, dia orang tulis nama dia orang. Disebabkan itulah cikgu suruh aku cat undercoat. Dengan tangan yang terketar-ketar, aku cat lah. Haha. Nak buat macam mana, tu la fist time aku mengecat. Hari tu aku terpaksa balik awal. Keesokan tu siap la hasil kerja tangan Lat. Cantik la jugak. Tu kerja kaum Adam, kaum Hawa pulak, tugas dia orang hias kelas. Ada la jugak yang balut meja. Haha. Balut meja pon warna biru jugak. Warna favourite aku tuh. Tak kira la korang ikhlas ke tak balut meja tu, asalkan siap. Tq2. Seminggu lepas tu, hari Jumaat, 20/1/2012, Lat dengan kawan2 aku kena mengecat sekali lagi. Dia orang cat bahagian tepi pulak. Dengar2, cat tak cukup. Betul ke? Haha. 

Sorry la kawan, aku tak boleh pi hari jumaat tu. Aku memang nak pi, tapi tak boleh. Huhu. Hari Sabtu, 21/1/2012, dia orang pi hangout KBMALL. Aku memang nak pi. Aku nak main pool. Lagipun, hari tu krew Hot FM Kelate ade buat pertandingan main boling. Rugi betul lah aku tak boleh pi. Kenapa aku tak boleh pi? Sebab hari sabtu tu aku pi wat lesen, yang 8 jam tuh. Memang ramai giler orang. Tu pun salah aku jugak, aku pi lewat sangat. Haha. Lantak lah, asalkan siap. Masa menunggu tu, aku jumpa dengan kawan aku nih, Adzim. Dia pun buat yang 8 jam jugak. Sama2 menunggu. Tapi aku siap dulu. Haha.

Cuti seminggu ni tak boleh dibazirkan. Aku kena buat 5 jam lagi. Lepas tu, boleh wat penilaian, n then test JPJ, n dapat lesen P. Yes2. Tapi kan, masa cuti ni la cikgu bagi kerja rumah banyak2. Kerja rumah terancang fizik (golden holiday) pun tak siap lagi. Hah? Kerja rumah terancang pun tak hantar lagi? Cikgu suruh hantar lepas cuti hari raya cina. 3 buah karangan tengah menunggu tu. lepas tu, sinopsis, watak dan latar tempat novel Sutera Dalam Lukisan bab demi bab. Hah? Takkan la kena baca novel tu sekali lagi? Oh No !!! Aku takkan baca novel tu sekali lagi. CUKUPLAH SEKALI.. Haha. Novel Sutera Dalam Lukisan aku dah habis baca. Macam mana dengan novel BI, Catch Us If you Can ? Novel tu pun aku dah habis baca. Cerita dia boleh dikatakan boring la jugak. Haha. Aku ingatkan cerita dia ada banyak aksi, macam cerita Catch Me If You Can lakonan Leonardo DiCaprio (idola aku), n cerita Catch That Kid. Tajuk cerita dia hampir sama. Sebab tu la aku baca. Haha. Tapi hampehh, boring betul. Aku dah tak nak baca novel. Aku dah benci novel balik. Haha. Hari tu (aku tak ingat tarikh), aku pi memancing kat kuala. Disebabkan aku teramat rindu nak memancing, aku pun pi lah memancing hari tu. Nak beli umpan udang hidup dulu, tapi tak de, dah habis. So, aku gunalah umpan sotong. Aku pun pi la kat pantai tu. Pantai tu dah banyak berubah. Yela, sekali ombak datang, sekali pantai berubah. Selalunya aku pi memancing atas jeti. So, hari tu, aku pi la memancing atas jeti. Tengok2, jalan nak pi atas jeti tu dah runtuh. Maybe sebab hakisan kuat sangat kot. Paras air laut pun dah naik. Air pun keruh sangat. Maybe sebab tu la aku tak dapat ikan langsung hari tu.

 So, sebagai kesimpulannya, ada kebaikan jugak pc aku tak hidup. Huhu. Korang fikir2 la sendiri k. Nasihat untuk kali ni, "Setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.."

  P/s: IMISSYOU......:)

No comments: