Saturday, March 2, 2013

Takde kerja..

Hai semua. Tadi kan aku kemas2 bilik aku nih. Memang bersepah betul, maklumlah, bilik budak bebas SPM. Haha. Masa kemas tu, aku jumpa banyak betul kertas-kertas soalan. Kertas latihan yang aku buat lah. Padahal kerja rumah yang cikgu bagi, sampai sekarang belum siap. Haha.
Kebanyakkannya dah siap, aku cuma recheck jer. Nak tengok apa yang aku dah belajar. Pastu kan, aku jumpa kertas ni, bukan sehelai, tapi sebuku kertas. Haha.
Ada bukti kat situ, cikgu bg time form 4 lg.. Yeah..
Aku tengok2 la soalan kat dalam tu. Aku tengok banyak lagi soalan yang aku xjawab. Pemalas betul aku. So, aku pun ambil pensel, aku pun jawab lah.
Tiba-tiba rasa nak jawab. Lagipun, aku sukakan addmath.
Tajuk yang paling aku suka, Intergration, n Motion Along A Straight Line..
Tajuk motion tu aku study sendiri. Sebabnya cikgu xsempat nak ajar, cikgu cakap tajuk tu susah. Tapi aku suka tajuk tu.
Aku boleh jawab sebab adanya bantuan daripada sejenis alat yang sangat canggih..
Nama dia KALKULATOR.. Haha..

Caution, radioactive.. Haha.
Kalkulator ni dah lama bersama dengan aku. Sejak dari form 1 lagi. Dah lama betul dia berkhidmat dengan aku. Susah senang, dia tetap bersama aku. Cehh. Kalkulator ni hadiah daripada abang aku, dia dah tamat skolah, so dia bagi dekat aku lah. Kalkulator ni tahan woo. Dah banyak kali jatuh. Haha. Setahu aku, bateri kalkulator nie xpernah habis lagi. Xpernah tukar lagi bateri. Lepas habis SPM pun dia still berkhidmat dengan aku.

Nie kisah kalkulator aku.. Macam mana dengan korang punya? Hehe..


4 comments:

Husna Mizan said...

pergh, minat addmath ? mesti hebat ni !

KamKim said...

Minat sangat2.. :)

syada said...

Kalkulator pom xthu duk mano doh ..

KamKim said...

Ok2.. Tohok doh lepas habis perikso akaun.. Bgus molek..