Friday, July 19, 2013

Hari nie hari ape? Jumaat 19Julai....

Assalamualaikum semua n hai...
Hari nie hari jumaat... hari yg ke SEPULUH ramadhan...
Hari nie Sembilan Belas hari bulan,
dah Sembilan belas Bulan Sepuluh hari...
Negeri Sembilan..

Ape yg aku merepek nie??
Mula2, hari ni ialah birthday aku,
Yg ke 18tahun.... yey, aku dah cukup umur... dah boleh pegi buat akaun bank tnpa diiringi parent.. hehe..

Hari nie, 19Julai, juga merupakan hari ke sepuluh bln puasa tahun nie...
Ape yg special sgtt pasal SEPULUH NIE??
Sepuluh nie mmg2 special sgt2...
Sbb? Mne boleh bgtahu...

Sembilan belas bulan, negeri Sembilan...
Sekarang kan DIA blaja dkt negeri sembilan...

Ok2.... pg td mse aku dh msuk dlm kelas,
Ketua kelas buat pengumuman ttg hari nie birthday aku.... satu kelas, yg lelaki je nyanyi lagu happy birthday utk aku....
Pastu aku dpt tahu yg sorg lg classmate aku pun birthday hari nie jgkk.. lelaki jgkk...

Next, lepas english lecturer kita org dh msuk kelas, sorg lg classmate aku baru sampai.. lelaki.. dia dtg lewat... so, dia kena denda nyanyi english song..
Tahu x lagu ape yg dia nyanyi?
Lagu
HAPPY BIRTHDAY TO YOU

Next, Lecturer pun tnye who's birthday is today?
Classmates aku pun cakap

 KIMI AND RAFIQ....!!


Hehe... mcm nie lah kls kita orgg....


P/s : xsbr nk blik cuti raya.. nk jumpa dgn DIA.....


Monday, July 15, 2013

My room

Assalamualaikum... 
Kat bawah nie gmbr meja aku, bkn meja belajar....
Ni je yg sempat aku share....
gmbr yg dlm frame tu diambil masa kita org still pelajar spm... n gmbr tu diambil oleh bestfren kita org....
Frame n cnderamata tu ole2 dari ehem2...
Yg kuning tu kad pelajar aku....
N keychain love tu, kenangan kita org.....



P/s : i miss u sooooo much... 
bilo pulok buleh jupo?

Monday, June 10, 2013

Home

Hai semua... Dlm masa sebulan dua ni, kawan2 aku semua dah masuk IPT masing2....
Sama lah mcm DIA.... Ade yg masuk universiti,
ade yg sambung belajar ke matrik,
ade jugak yg naik form six,
n tak lupa jugak kawan aku yg masuk politeknik...
Dia orang dah sambung belajar ke IPT masing2...
Tapi aku je yg masih stay dkt rmh...
Aku dapat tawaran Asasi Kejuruteraan, Uitm Puncak Alam....
Yuran pun dah bayar, tapi burn mcm tu je...

Kalau blaja kat mane2 IPT pun,
ade kelebihan dan kekurangan masing2....

Maybe nie lah yg aku nk, dari dulu lg....
Stay kat rumah...



Tomorrow, Tomorrow, n Tomorrow

Wednesday, April 24, 2013

The Rhythm Beach ...

Hai semua... Sejak kebelakangan nie, Kimi asyik sibuk jerrr..
Sampai tak sempat nak update blog.. Hehe..
Semalam kan, Kimi dengan gf Kimi pergi jalan-jalan..
Kita orang pergi dengan kereta, Kimi yang drive...
Maklumlah, Kimi dah dapat lesen P.. Hehe..

Mula-mula, kita orang plan nak pergi kat pantai je..
Pastu gf Kimi nie cakap mama dia suruh beli barang kat kbmall..
So, kita orang singgah la kat kbmall..
Lepas je parking kereta, time nak masuk kbmall tu,
ada orang tegur Kimi.. Dia naik kereta, dia tegur Kimi
n terus blah... Sampai sekarang budak tu masih misteri.. Haha..

Lepas kita orang pergi kbmall,
kita orang pun sambung balik plan kita orang nak pergi pantai...
Pantai Irama, dekat Bachok...
Mula-mula, kita orang sesat.. Hehe..
Maklum lah, dah lame tak pegi pantai tu...
Tapi last2, kita orang sampai jugak dekat pantai tu..
Rupa-rupanya kita orang lalu jalan jauh...
Pastu kita orang jalan-jalan n  mkn2..

Pastu kita orang balik...
Lepas sampai kat rumah gf Kimi nie,
daddy gf Kimi mintak Kimi tolong hantar dia kat Tanah Merah...
Pastu kita orang pun pergi la tanah merah..
Jalan-jalan.. Hehe.. Daddy dia nak cepat.. Daddy dia yang bawak kereta..
Time sampai kat bandar Tanah Merah tu,
Ade kereta api yang nak lalu..
So, kita orang kena tunggu kereta api tu lalu lah..
Pastu daddy gf Kimi ajak gf Kimi naik kereta api
lain kali kalau nak pergi KL...
Time balik, Kimi yang bawak kereta...
Kimi sengaja lalu jalan jauh, nak cuba naik jambatan baru.. Hehe..
Kimi happy sangat3 dapat pergi jalan2 dengan dia....

P/s : Kisah kali nie takde gambar...

SYS,
Syg You Syada.... :)

Friday, April 5, 2013

The Memories in Putrajaya

Hai semua..
Pada hari khamis 4 April 2013,
Kimi pergi jalan2 kat putrajaya dengan gf tersayang..
Kita orang naik flight.. Best sangat2..
Maklumlah, kimi kan xpernah naik flight..
Daddy dia yang sponsor..
Sepatutnya gf kimi duduk kat sebelah daddy dia
masa atas kapal terbang tu..
Tapi daddy dia tukar seat dgn kimi..
So, dapat lah kimi duduk kat sebelah gf kimi..
Daddy dia sporting sangat2..
AirAsia
Masa kapal terbang baru je berlepas,
kimi dgn gf kimi dapat tengok pemandangan..
Cantik sangat..
Pastu dapat tengok pantai dari atas..
Pastu dapat tengok awan dari atas...
Cantik sangat3...

Nie la gf kimi.. Dia tgh bz bace buku..
Masa flight tu, gf kimi tidur.. Dia mengantuk kot..
Pakcik yang kat dlm gmbr tu pun tidur sepanjang flight..
Kerusi kat tepi n kat depan kita orang tu
kosong sepanjang flight..

Putrajaya
Pastu, kita orang naik bas..

Time nak balik tu,
kita orang hampir2 terlepas flight..
Nasib baik daddy gf kimi ajak naik teksi..
Sempat la kita orang kejar flight..
Kalau x, xbalik la kimi...
Yg nie time nak balik.. Ade iklan AXN..


Dah sampai pun kat kelantan..
Bye bye AirAsia...
Kimi happy sangat2 dapat pergi jalan2 dengan gf kimi..

P/s : Love you so much

Tuesday, March 26, 2013

Something very meaningful....

Hai semua.. Semalam kan,
kimi pergi rumah girl kimi..
Dapat ubat rindu..
Dia bagi kimi hadiah..
Kimi xmintak pape pon,
dia bagi jugakk... :)


Dia cakap hadiah nie xmahal, murah je..
Thanks ye awak..
Hadiah nie sangat bermakna bagi sy..
xkisah la mahal ke x,
asalkan awk ikhlas... :)

Key chain untuk telefon.. :)
Satu dekat pendrive
Satu dekat nset..
Thanks awak.. :)
Terima kasih.. :)



Friday, March 22, 2013

My SPM Result... !

Hai semua... Aku nak pergi terus kat bab result aku.. 
Tapi sebelum tu aku cerita la sikit pengalaman aku.. :)
Sebagai kenangan...

Semalam, 21.03.2013,
aku bangun awal2.. Awal la sangat..
Yela, dah xsabar nak boleh result..
Tidur pun tak lena.. Makan tak kenyang..
Tengah runsing, gelisah, berdebar-debar...
Aku ajak my mom ni pergi awal dekat sekolah..
Hah? My mom ikut? Korang pulak? Daddy ?
 Haha.. Aku tak risau sangat my mom ikut... 
Kalau my mom xikut pun, nanti aku balik, dia dapat tahu jugakk.. :)

Mula-mula sampai dekat sekolah tu, dalam pukul 9.50,
aku tengok ade la beberapa orang kawan aku nih..
Dia tunggu dekat wakaf berhampiran pondok jaga..
Dia orang tak berani jumpa dengan cikgu kot...
Aku memang dah niat nak jumpa dengan cikgu dulu..
So, aku ajak my mom pergi dekat bilik guru..
Dekat bilik guru tu, my mom bersalam la dengan cikgu-cikgu..
Pastu cikgu Biology bisik dekat aku,
"pkp xcall ke buleh brape?" 
Aku cakap xlagi ni..

So, masa tu aku dah pelik...
Cikgu pun ajak aku dengan my mom ni pergi pejabat..
Bukak je pintu pejabat, cikgu-cikgu dah ucap tahniah dekat aku..
Cikgu cakap pkp call n bagitahu yg 

Aku dapat straight A's 

Lepas dapat tahu tu, my mom menangis..
Dia call my dad, my brother n my sisters..
My mom bagitahu dekat dia orang... 
Lepas tu, baru la sampai sms yang aku check melalui mySMS...

masa gambar ni diambil boleh diabaikan.. :)
pastu pkp sampai dekat sekolah..
lepas tu guru tingkatan berikan slip keputusan spm..
tapi aku punya slip cikgu tak bagi lagi..
cikgu suruh ambil dengan pengetua..

Lepas tu, aku mintak slip keputusan Dia....
Dia dapat 5A 5B (5A 3B+ 2B)... :)
Tahniah awakk...  :)
My girl punya result.. :)
LCCI-1 kat bawah tu maksudnya
Dia dengan aku layak dapat sijil Akaun
sebab kita orang dapat jawab dengan baik soalan akaun..
Sijil tu bernilai sangat2 kalau nak jadi akauntan... :)

Kemudian, cikgu suruh bekas pelajar berada di dewan terbuka,
duduk atas kerusi.. Pengetua tegur aku, aku senyum je..
Pengetua cakap, kalau result macam ni, kena senyum lebar lagi sampai telinga.. Haha..:D Masa tu pkp berucap..
Kemudian, baru pengetua berikan slip keputusan tu..

And this is it, my SPM result



Terima kasih awak sebab dah bantu sy.. :)
Awak dah beri semangat kat sy.. :)


Thanks to my family n teachers n friends... :)

P/s : Abah, hadiah untuk hari lahir abah.. Sorry lambat... :')

Thursday, March 21, 2013

A happy day..

About da SPM result, 
just one clue,

 I'm relieved...


P/s : malam nie citerrr.....

It's Now or NEVERRR....

This is it..

The SPM Result


Wednesday, March 20, 2013

Tomorrow, tomorrow, and it is Tomorrow ... !!


Hai semua.. Macam yang korang tahu, esok lah harinya..
Hari apa? Buat2 xtahu pulak..
Hari yang paling ditunggu-tunggu pelajar SPM 2012 lah..

Hari apa lagi, hari result SPM 2012..
Kita orang dah bertarung nyawa jawab soalan SPM 2012,
Kita orang dah lakukan yang terbaik,
dah berusaha bersungguh-sungguh,
dah perah otak jawab soalan..

So, esok lah hari nya..
Hari di mana kita orang dapat tahu hasil usaha kita orang..
Hari di mana kita dapat bahagiakan ibu bapa kita atau tak..


Pepatah ada mengatakan,

"AS YOU SOW, SO WILL YOU REAP"  

Maksudnya? Korang search kat google, 
atau cari dalam kamus..
Jangan cari dalam kamus Dewan pulak..

Pelajar-pelajar SPM 2012 mesti tengah berdebar sekarang nie..
Confirm nervous..
Aku pun sama.. Jangan ingat aku tak nervous..
Hope result aku tak teruk sangat..
Wish me luck.. 

P/s : Gudluck awak.....

Wednesday, March 13, 2013

13.03.13

Hai semua. Pasal tarikh tu, cantik kan?
Selalu nya, kalau tarikh yang cantik macam ni,
mesti takde yang bermakna..
Jarang2 je yang bermakna..
Mungkin bagi korang, tarikh hari nie pun tak bermakna jugak kan?
Kalau bermakna, komen lah ape yang bermakna tuu..

Bagi aku pulak, tarikh hari nie adalah tarikh birthday my dad..



This awesome date is my dad's birthday..

Hari ni, umur dia dah 50 tahun..
Dia lahir pada 13.03.63..
Tarikh yang cantik jugak, bagi aku la..

Hadiah? Aku tak tahu nak bagi hadiah ape,
Maybe dalam seminggu lagi aku bagi hadiah..
Yela, 13 + 7 hari = 20/03/2013..

Aku nak sangat jumpa dengan ayah aku..
Tapi nak buat macam mana, dia tinggal jauh..
Hope minggu depan dapat jumpa dengan dia..



P/s : Happy birthday abah.. :)

Wednesday, March 6, 2013

Not Again..

Hai semua. Pagi tadi aku pegi pulak kat sekolah memandu. Nasib hari nie baik sebab xmacam semalam. Baik la jugak. Cuma cikgu yg mengajar tadi, cikgu yang mengajar aku masa 3jam hari tu, yg mula2 mengajar bwk kereta.. Xsangka pulak dia yg mengajar. Cikgu nie garang. Biasa lah, cikgu lelaki. Dia suka marah aku. Tapi bagus jugak dia marah, senang aku ingat.. Haha... Yela, dia cakap esok aku dah boleh nilai.. Dia cakap aku dah boleh test JPJ dah.. Bgus2..

P/s : Harap2 esok bukan dia yang nilai aku.. Hehe..

Tuesday, March 5, 2013

Fair Enough..

Hai semua. Hari ni aku bangun macam biasa, aku bersiap, nak pegi sekolah memandu lah. Sampai2 kat sekolah memandu tu, aku kunci la motosikal, macam biasa jugak. Tapi yang xmacam biasanya, aku tengok lampu warna kuning n oren yang kat atas kereta untuk belajar memandu tu menyala, berkelip-kelip. Pastu aku tengok ade beberapa orang tengah baca kertas kat papan kenyataan. Ni aku dah agak ni. Aku pegi dekat cikgu yang mengajar,
aku tanya lah, 'hari ni untuk test jpj je?' Dia cakap 'Ho'..

Yeah, enough is enough.. Hari ni hanya untuk ujian dengan JPJ,
and no one tells me ! Xde sape pun yang bagitahu aku..
I got it..

Fair enough
P/s : Aku pulang dengan kecewa

Monday, March 4, 2013

Jalan2 ...

Hai semua. Mula2 aku nak cerita pasal pagi tadi. Aku masih dalam proses nak menyiapkan lesen memandu aku. Tinggal satu jam lagi. Pagi tadi dah buat sejam. Ingatkan boleh buat dua jam.
Cerita dia macam ni, aku dah sampai awal dekat sekolah memandu tu, pastu aku pergi dekat unit kereta. Aku tengok ramai orang duduk atas kerusi. Dia orang sampai awal daripada aku la tu. Tapi xla ramai sangat. Masa tu kaunter belum buka lagi. Disebabkan kaunter belum buka, aku pun duduk lah atas kerusi. Pastu, dalam masa lebih kurang 15 minit, ada la 3 orang budak perempuan ni, dia orang jalan menuju ke unit kereta. Masa dia orang sampai, kaunter baru je buka. So, dia orang beratur lah tanpa menghiraukan orang lain yang sudah berjam-jam lama menunggu. Maksudnya, dia orang potong queue. Pastu, kita orang yang sampai awal ni pun beratur la kat dalam barisan kat belakang 3 orang budak perempuan tu. So, turn aku pun lambat lah. So, xdapat nak belajar dua jam.
Kesimpulannya, tolong la beratur dalam barisan. Ikut giliran anda. Anda mampu mengubahnya.. Cehhh.. Haha.. Kesian la kat orang yang datang awal tu..

Petang tadi my mom ajak pergi pantai Geting, dekat Tumpat.. So, aku pun okeyy jerrr.. Ombak xla kuat sangat.. Aku ade la ambik beberapa keping gambar..

Ombak yg xkuat..

Dia dah makin gemukk...

Anak saudara aku..
Ni abg dia..
P/s : kan best lau dapat pergi pantai dengan awk.. Kan ?

Saturday, March 2, 2013

Takde kerja..

Hai semua. Tadi kan aku kemas2 bilik aku nih. Memang bersepah betul, maklumlah, bilik budak bebas SPM. Haha. Masa kemas tu, aku jumpa banyak betul kertas-kertas soalan. Kertas latihan yang aku buat lah. Padahal kerja rumah yang cikgu bagi, sampai sekarang belum siap. Haha.
Kebanyakkannya dah siap, aku cuma recheck jer. Nak tengok apa yang aku dah belajar. Pastu kan, aku jumpa kertas ni, bukan sehelai, tapi sebuku kertas. Haha.
Ada bukti kat situ, cikgu bg time form 4 lg.. Yeah..
Aku tengok2 la soalan kat dalam tu. Aku tengok banyak lagi soalan yang aku xjawab. Pemalas betul aku. So, aku pun ambil pensel, aku pun jawab lah.
Tiba-tiba rasa nak jawab. Lagipun, aku sukakan addmath.
Tajuk yang paling aku suka, Intergration, n Motion Along A Straight Line..
Tajuk motion tu aku study sendiri. Sebabnya cikgu xsempat nak ajar, cikgu cakap tajuk tu susah. Tapi aku suka tajuk tu.
Aku boleh jawab sebab adanya bantuan daripada sejenis alat yang sangat canggih..
Nama dia KALKULATOR.. Haha..

Caution, radioactive.. Haha.
Kalkulator ni dah lama bersama dengan aku. Sejak dari form 1 lagi. Dah lama betul dia berkhidmat dengan aku. Susah senang, dia tetap bersama aku. Cehh. Kalkulator ni hadiah daripada abang aku, dia dah tamat skolah, so dia bagi dekat aku lah. Kalkulator ni tahan woo. Dah banyak kali jatuh. Haha. Setahu aku, bateri kalkulator nie xpernah habis lagi. Xpernah tukar lagi bateri. Lepas habis SPM pun dia still berkhidmat dengan aku.

Nie kisah kalkulator aku.. Macam mana dengan korang punya? Hehe..


Friday, March 1, 2013

Penceroboh di Lahad Datu

Hai semua. Seperti yang korang baca kat tajuk tu, aku nk cerita sikit pasal penceroboh di Lahad Datu tu. Aku xtahu sangat pasal peristiwa nie, kalau korang nak tahu lebih lanjut, korang tonton la berita, or page official kat facebook. Xpun baca surat khabar pagi esok. Jangan mudah percaya pasal khabar angin.
Iklan textile kjap.. Singgah beli kain.. Hehe..
 Aku xsangka masih ada insan yang sanggup bertumpah darah menceroboh negara Malaysia yg sudah merdeka nie.
Aku ada baca kat page facebook, kat berita pun ada bagitau :

"Dua komando polis terbunuh apabila bom mortar melanda Kampung Tanduo yang didalangi kumpulan penceroboh bersenjata Filipina."

Kesian kat family komando polis tu. Untuk pengetahuan korang, mortar tu ialah sejenis senjata yg sangat berbahaya. Killing radius dia sangat besar.


.



.



.




.




.



.



.



Ni lah mortar.. Haha..
Haha. Aku gurau jer gambar tu. Tu gambar Pestle n Mortar, ataupun Lesung dan Alu. Mortar ni boleh membunuh jugak, kalau seseorang tu dibaling dengan benda ni. Just Kidding.
Nie baru mortar yg sebenar.



.



.



.




.





.



.




.





.



.
Adik beradik meriam buluh..
Masa zaman penjajahan Jepun n komunis senjata ni digunakan di Malaysia.

Btw, Lahad Datu, iaitu Sabah, dekat dengan tempat tinggal abang aku, iaitu Sandakan.. Dekat la jugakk.
Ehh, Banyak tempat pelancongan menarik.. 
Bulatan warna biru tu tempat peristiwa tu berlaku,
bulatan warna merah tu tempat tinggal abg aku..

Semoga penceroboh tu menyerah diri. Mereka cuma membahayakan penduduk tempatan di kawasan tu. Kalau lah Malaysia nie ada kapal aircraft carrier...

Angan2 je nie.. Hehe..
P/s : Doakan keselamatan perajurit kita..

Another day...

Hai semua. Hari nie dah masuk bulan baru. Bulan Mac.
Hari nie hari pertama bulan Mac tahun 2013. Hari nie jatuh pada hari Jumaat.
Penghulu segala hari. Pejam celik, pejam celik, dah masuk bulan 3 dah.
Alhamdulillah


Bulan nie, golongan yg lahir tahun 1995 paling berdebar, termasuk lah aku..
Ape x nya? Bulan nie lah keluarnya Result SPM. Yela, dah berbulan kita org bebas dari SPM, and berbulan tu jugak la kita org dah enjoy.
Sekarang, beberapa hari je lagi, hari penantian kita orang akan tiba.

Kebelakangan nie, aku banyak dengar pasal keputusan SPM keluar lagi awal, ada yang cakap keluar bulan 2 la, kalau tanya nape keluar awal, dia org cakap sebab bulan 3 nak mengundi.. Semua tu fitnah je, nasib baik aku xpercaya. Yela kan, selalu nya result SPM keluar bulan 3, xpernah lagi keluar bulan 2.. Dia orang tu tipu jer, harap2 org yg macam tu menyesal.. Bukti dia orang tipu, kan sekarang nie dah bulan 3.. Result SPM xkeluar lagi kan??
Sabar je lah..

Satu je nasihat aku untuk kita semua, walau apapun keputusan SPM kita,
walau berapa A yg kita dapat, walau xseperti yg kita inginkan,
Semuanya dah xboleh diubah.. Bersyukur lah..
SPM bukan segalanya, tapi SPM ialah permulaan kepada segala-galanya..
There's no point crying over spoilt milk..

SPM
By the way, aku dah cukup menyesal dengan result PMR aku,
aku dah janji aku xkan menyesal dengan result SPM aku..
Wish me luck ! ....:)


P/s : Awak dah ready ke?

Thursday, February 28, 2013

Benda nie...

Hai semua. Hari tu kan masa dekat KL, aku ternampak benda nie. Bukannya ape, kereta jerr. Kereta ape? Kereta polis jer. Kancil jer. Yela, bukan selalu dapat tengok kereta polis yg mcm ni. Rasanya kat Kelantan takde kereta polis mcm ni.

Sibuk jer motosikal tuu

dapat snap bahagian belakang jerr

Aku nampak jer kereta tu, aku terus ambik gambar. Kagum tengok usaha kerajaan nk membanteras jenayah. Dapat la polis kejar penjenayah.
Kereta mitsubishi Lancer. Gempak tuu..

Kalau lah polis guna kereta macam kat bawah ni, lagi gempak ! Aku jumpa kat google..

hebatt
Gempak tuu.. Bugatti Veyron, kereta paling laju di dunia.
Tapi semua nie angan2 je kan?

Pastu kan, aku ternampak pulak motosikal polis yang baru nie.
Kalau lumba dengan motosikal honda polis yg lama tu, confirm kalah motosikal polis yg lama. Tapi aku xsempat nak ambik gambar.
So, aku pun cari la kat google.

Yang nie baru sampai dari kilang..

Buat mcm harta sendiri pulak..
Sekali tengok pun aku dah kagum. Kawasaki Ninja..

P/s : Kalau korang kena kejar dengan polis yg bermotosikal mcm nie, baik korang menyerah diri jerr.. Hehe.. Just kidding...

Finally the rain stops ...

Hai semua. Selepas hampir seminggu hujan berturut-turut tanpa henti, akhirnya hujan nie berhenti jugak. Pagi semalam lagi hujan nie berhenti, masa tu aku tengah tido, tapi malam tu hujan pulak.
Hari nie, harap2 hujan terus berhenti. Kan best dapat tengok matahari bersinar. Kan kan ? Satu lagi berita baik pasal hujan berhenti nie, adanya

PELANGI


Pelangi berganda

Cantik kan ?

Btw, pelangi yg kat atas tu yg original. Yang kat bwah tu aku edit guna photoshop.
Aku baru je belajar.. :) Cantik x? Kalau cantik, sila lah tinggalkan komen yerr.. :)

P/s : Kan best lau dpt tengok pelangi dgn awk...

Tuesday, February 26, 2013

Nasib ....

Hari ni, hari semalam, hari sebelum semalam, n hari sebelum sebelum semalam,

HUJANN !



          Yup, semua org tahu tu kan ? Kat kelantan ni memang tgh musim hujan..
Kat negeri lain mcm mane yerr? Kan best kalau panas..
Sekarang ni pun tengah hujan lebat.. Sejuk sangat..
Kan best kalau tidur masa hujan2 ni kan? Minum milo panas..
Tapi aku xtahu knape aku xboleh tidur. Aku susah nak lelapkan mata.
Fikir pasal tu kot. Pasal apa lagi, pasal result lah !. 

          Disebabkan sekarang ni tengah hujan, aku terpaksa batalkan niat aku nak pegi belajar memandu. Yelah, kalau aku pegi time hujan, nanti kotor pulak motor aku tuh. Haha. Xla, cuma aku senang kena demam kalau kena air hujan.
Kalau demam, confirm aku sakit tekak, lepas tu confirm aku selesema. Tindak balas berantai. Haha.
Kalau aku selesema, ambil masa yg lama untuk sembuh, dalam seminggu dua.
Seksa kan? So, lebih baik aku jauhkan diri daripada air hujan..
Aku benci tindakbalas berantai macam ni..

         Satu lagi, kalau hujan terus lebat macam ni, esok lusa mesti banjir. Aku bernasib baik sebab kawasan rumah aku ni tak pernah banjir. Walaupun dekat dengan pantai. Bercakap tentang pantai, dah lama aku xpegi pantai. Teringin la pulak, Xkira la pantai mana pun..


P/s : Harap2 lepas hujan ni ade pelangi....

Wednesday, February 20, 2013

Masa Berlalu ...

Hai semua.. Mcm biasa, aku xde pape yg nk citerrrr..
Cuma, aku nk bgtau yg aku dah balik dr Langkawi..
Aku balik hari jumaat lagi, tp aku xde mood nk update blog..
Pastu kan, esok abg aku dah nk balik sabah..

Masa dlm perjalanan nk gi perlis tu kan, aku ade ambik gambar ni..
Gambar ni lebih kurang mcm gambar yg aku ambik
3 tahun lepas, lokasi sama tp masa yg berbeza..

2010
2013
P/s : aku rasa xsedap badan la...:(

Friday, February 8, 2013

Goodbye Kelantan..

Hai semua.. Mula2, aku nak bagitahu yang abang aku dah balik..
Abang aku tuh stay kat sabah.. Dia kerja kat sana..
Dia janji dengan aku lepas aku habis SPM dia nk bawak satu family gi bercuti kat sabah..
Tapi sekarang dia ajak aku gi langkawi.. Aku ikut jerr..
Semalam dia ajak aku gi tengok bola kat stadium..
Aku pun ikut lah..

Kelantan lwn Felda United
Pastu kan, petang tadi aku pergi rumah DIA..
Yelah, rindu kan.. Lepas ni lagi rindu, aku nak pergi jauh kann..
Jauh la sgt...  Aku pergi sana lebih kurang seminggu..
Abang aku cakap nak pergi KL jugak..

P/s : harap2 percutian kali ni best..

Thursday, February 7, 2013

Buku

Hai semua.. Haritu kan, aku ade kemas2 rumah..
Rajinnyerr.. Haha.. Yg dah kemas, tapi aku tolong kemaskan lagi..
Haha.. Takde kerje kann? Pastu aku terjumpa la something ni..
Aku rase kak long punya kot..

siap dgn tanda harga lagi.. haha..

Errr, buku resipi.. Buku resipi kek pulak tu.. Haha..
Nampak mcm sedap jerrr.. Hari tu DIA suruh aku buatkan kek untuk DIA...
Nanti aku try.. Haha.. Nak tanya korang ni, kek apa yang sedap?

Haa, jawab laa.. Aku rasa kek red velvet tu sedap..
Tapi boleh tak aku nak buat kek PINK velvet ? Haha..
DIA suke warna pink kann..

P/s : cheese cake pun sedap jugakk..

Thursday, January 24, 2013

Cerita...

Hai semua... Kali ni takde pape yg aku nak citerr..
Cuma, semalam aku pergi rumah DIA.. DIA yang ajak..
Dia ajak tengok cerita Lagenda Budak Setan 2 : Katerina..
Aku pun tengok la dgn dia..
Mula2 dia ajak tgk cerita hantu, tp aku xnak.. Haha..
Penakut ? Tak2.. Aku saje jerr tu...

P/s : still miss u....

Tuesday, January 22, 2013

X sangka..

Xde ape sebenarnya.. Just, aku xsangka ade jugak org sudi baca blog akuu..
Biar la sorang je ponn.. Haha.. Aku tetap happy jgk..
Sebab? Sebabnya, orang tu ialah DIA.. Korang kenal DIA kann?
Orang yang paling penting dalam hidup aku..
DIA cakap, DIA suka bace blog aku byk kali...
DIA cakap lagi, aku banyak luah perasaan pasal dia kat blog..
Yela, sesetengah orang suka luah perasaan kat blog,
sesetengah lagi suka luah kat facebook.. Ade jugak yg suka luah kat dua2 tempat..
Haha.. Tamak kann? Jangan terasa.. Aku xtuju kat sape2 punn..
Aku xnak buat org lain sakit hati.. Tadi aku ada tengok citer CINTA VLOG..
Aku copy dgn kakak aku.. Hero tu famous kat vlog, tp satu hari viewer dia menurun
sebab dia suka kutuk orang lain.. So, aku xnak lah kutuk orang lain,
walaupun aku xde viewer ponn.. Hahaha... (tersengih sorang2)...
Tapi aku lebih prefer luah kat blog sebab boleh citer panjang2...

Tapi kan, aku nak mintak tolong dgn korang sikit boleh?
Kalau korang bace blog aku nih, tolong komen sikit bole ?
Sikit jer, titik ( . ) pun jadi lahh.. Aku nak tahu ad org bace ke x blog aku nih..
Huhuu...


P/s : hidup aku lepas spm nih, aku nk habiskan dgn tgk citerrr..
Yela kan, masa jadi budak SPM, aku xde masa nk tgk citer..
byk citer yg aku teringin sgt nk tgk, tp xsempat...

Monday, January 21, 2013

Sadly...

Sadly, aku dah berhenti.. Tapi belum officially lagi.. Haha..
Reason? Sebabnya, my mom suruh.. Haha, anak mak kann..
Yela, aku kena balik lewat.. My mom risau takut jadi ape2 kat akuu..
Sedih2.. Pape pon, aku ingat nak siapkan lesen kereta..
Esok nak gi ambik lesen L.. Sekali lagi, aku dapat
lesen Lembu.. Tapi atleast aku boleh pandu Laju..
Haha.. Bukannya Perlahan mcm lesen P..

P/s : aku rindu zaman sekolah.. huhu... padahal rindu nak jumpa DIA.. cehhh...